'Half-Ton Killer' Seberat 470 kg Dalam Proses Menurunkan Berat Badan
>> 07 Januari 2014
Mayra Lizbeth Rosales dilahirkan pada tahun 1980. Wanita yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat ini telah tersenarai sebagai salah seorang manusia paling berat di dunia dengan berat badannya yang pernah mencecah 470 kg.
Mayra Rosales |
Selain berat badannya, ada kisah lain yang menyebabkan Mayra Rosales menjadi terkenal. Pada tahun 2008, dia menerima gelaran 'Half-Ton Killer' kerana tuduhan menyebabkan kematian anak saudara lelaki, Eliseo Rosales Jr. yang dijaganya di rumah. Ketika itu dia ingin mendapatkan Eliseo dan disebabkan masalah berat badan yang dihadapi dia terpaksa menggulingkan badan dari atas katil ke arah Elisio. Tanpa diduga, tangan kanannya tergelincir dari atas katil dan menerpa Eliseo.
Elisio yang mengalami kesukaran bernafas dan kecederaan kepala yang serius dikejarkan ke hospital. Malangnya, dia tidak dapat diselamatkan dan Mayra bersedia bertanggungjawab ke atas semua yang berlaku.
Walaubagaimanapun, kakitangan perubatan mendapati kecederaan yang dialami Eliseo adalah disebabkan hentakan kuat daripada objek tumpul. Mereka berpendapat ia bukan perbuatan Mayra kerana dia mengalami kesukaran untuk menghayun tangan yang berat seterusnya menidakkan Mayra untuk bertindak sedemikian.
Proses memindahkan Mayra ke dalam trak memerlukan banyak tenaga kerja. |
Pengakuan yang dibuat Mayra pada peringkat awal hanyalah rekaan semata-mata kerana dia ingin melindungi kakaknya, Jaime Lee Rosales yang sebenarnya menyebabkan kematian Eliseo. Jaime telah memukul anak lelakinya itu dengan berus rambut disebabkan keengganan Eliseo untuk makan. Pasangan adik-beradik ini berpakat dengan menjadikan Mayra sebagai pelaku terhadap apa yang menimpa Eliseo.
Jaime Lee Rosales (kiri) & Eliseo Rosales Jr. |
Mendapat tahu Mayra mendedahkan perkara sebenar kepada pihak berkuasa, Jaime bertindak melarikan diri tetapi pulang kembali ke Texas 2 setengah tahun kemudian. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun kerana menyebabkan kematian dan segala pertuduhan ke atas Mayra digugurkan pada tahun 2011.
Kisah Mayra mendapat liputan banyak media dari pelbagai negara disebabkan 2 faktor utama iaitu kes kematian anak saudara dan berat badannya, namun kini dia dilaporkan dalam proses menurunkan berat badan. Pada tahun 2013, berat badannya telah turun sebanyak 360 kg termasuk melakukan beberapa siri pembedahan untuk menurunkan berat badan.
Pautan: Wikipedia & Mail Online
0 komen:
Catat Ulasan