Kangkung Najib Trending Laman Sosial
>> 14 Januari 2014
Susulan tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.
Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.
Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari 'pilihan', pada hari ini.
"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!", tulisnya.
Semalam Najib dipetik sebagai berkata:
"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya. - Sinar Harian
Ini mungkin apa yang dipetik dalam laporan Sinar Harian, status Mahfuz Omar di Facebook. |
Diilhamkan Perdana Menteri, terhasillah kemudiannya banyak jenaka di laman sosial hasil perahan kreatif rakyat Malaysia akibat tersentuh dengan ucapan Perdana Menteri tersebut.
Banyak lagi gambar yang boleh dijumpai sebenarnya. Di atas ini hanya yang paling menarik di mata aku. Tidak cukup dengan gambar, ucapan kangkung Perdana Menteri turut di-remix menjadi sebuah lagu, seperti dalam video Kangkung Remix di bawah.
Ucapan asal Perdana Menteri yang telah mengilhamkan kangkung boleh didapati dalam video di bawah ini pula. Real!
Masih adakah yang sayang akan beliau? YA, masih ramai yang takut untuk membuat perubahan.
0 komen:
Catat Ulasan