Tolong Ajar Aku Buat Facebook Boleh Tak?

>> 28 Julai 2012

Safwan: Weh! Tolong ajar aku buat Facebook boleh tak?

Ajib: Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?

Safwan: Dah. Aku dah ada email pun.

Ajib: Cantekk! Ok, sekarang ko bukak browser Firefox atau Internet Explorer.


Safwan: Browser tu ape?...

Ajib: Laa. Ko klik menu 'start', lepas tu cari tulisan 'Internet Explorer'.

Safwan: Lepas tu?

Ajib: Kat kotak paling atas, ko taip 'www.facebook.com', pastu 'enter'.

Safwan: Oke! Lepas tu weh?

Ajib: Kalo dah keluar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yang ada.

Safwan: Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.

Ajib: Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Safwan: Paling atas cuma ada tulisan 'the page cannot be displayed'.

Ajib: Oh! Ko salah tulis dari awal tu.

Safwan: Betul la aku taip, 'www.facebook.com'.

Ajib: Hmmmm, mungkin connection Internet ko mati kot.

Safwan: Eh? Kene ada Internet ye? Rumah aku takde Internet.

Ajib: Ciss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau ko. Rupenye rumah ko takde Internet.

Safwan: Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku SMS ko lagi ye. Thanks ye.

Ajib: Sokey bro, email ko ape weh?

Safwan: 'www.taikocai@yahoo.com'. Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.

Ajib: Laa. Mana ade email pakai 'www' kat depan. Alahaii..

Safwan: 'www' tu ape weh?

Ajib: Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh!

Mungkin tiada dah kawan macam "Safwan" sekarang ni. Kalaulah ada, mampukah korang menjadi seperti "Ajib"?

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP