Kerjaya Pelik! Pengorek Telinga Di India

>> 31 December 2013

Sanggupkah anda membenarkan orang lain membersihkan telinga anda? Ini apa yang berlaku di India. Siapa sangka wujud pekerjaan sebagai pengorek telingaKerjaya ini telah lama wujud di sana, malah ada yang mewarisinya daripada keluarga.

Korek Telinga
Perkhidmatan ini dilakukan di jalanan, di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Korek Telinga
Tiga peralatan asas yang diperlukan ialah sebatang besi halus, kapas dan penyepit.

Korek Telinga
Besi halus akan dibalut dengan sedikit kapas di hujungnya sebelum dimasukkan ke lubang telinga pelanggan. Penyepit pula digunakan untuk mengutip tahi telinga yang 'tercicir' daripada kapas.

Korek Telinga
Muhammad Abbas (kiri) dan Sadanand, dua nama yang menjadikan kerjaya mengorek telinga sebagai sumber pendapatan di India

Korek Telinga
Muhammad Aslam Qureshi, salah seorang pelanggan Muhammad Abbas. Sudah lebih 17 tahun dia mendapatkan khidmat pengorek telinga jalanan.

Korek Telinga
Dikatakan, pengorek telinga memperolah sekitar 20-50 rupee untuk satu telinga yang dibersihkan. Jika tak salah, dalam lingkungan RM 1 - RM 2.70.

Korek Telinga
Jika dahulu, pelanggan boleh mencecah sehingga 50 orang sehari tetapi kini, 20 orang pun sudah kira bernasib baik.

Korek Telinga
Mojoriti pelanggan juga hanya golongan berusia, golongan muda cenderung menggunakan putik kapas (cotton bud) untuk membersihkan telinga mereka.

Korek Telinga
Penyepit sedang menjalankan tugasnya. Nampak?

Korek Telinga
Sadanand sedang memuaskan pelanggan.

Korek Telinga
Kapas yang digunakan bagi setiap pelanggan mungkin berbeza, namun besi pengorek dan penyepit yang digunakan sudah semestinya sama. Jelas, kesedaran akan kebersihan dan jangkitan yang mungkin berlaku amat rendah.

Sedikit penambahan, mereka juga menyimpan peralatan-peralatan yang digunakan di dalam penutup kepala mereka. Boleh lihat gambar no. 4 kalau tak percaya. hehe...

Papepun, korek telinga memang nikmat rasanya! Pautan: Mail Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP