AWAS! Takut-takut Kita Terbeli Air Kencing Syaitan
>> 10 Disember 2013
Penampilannya yang menarik mampu memperdaya sebilangan daripada kita yang beragama Islam untuk membelinya. Mungkin di kedai serbaneka seperti 7-Eleven, minuman beralkohol sudah diasingkan daripada minuman-minuman lain. Namun, jika si anak kecil yang ditugaskan untuk memilih minumannya sendiri sedangkan si ibu atau bapa sibuk mencari barangan lain, si anak MUNGKIN akan tertarik untuk menjadikan minuman ini sebagai pilihan beliannya. Disangka F&N!
Jolly Shandy di 7-Eleven. |
Itu kalau di 7-Eleven. Cuba bayangkan situasi di kedai runcit biasa yang pemiliknya bukan beragama Islam. Air minuman tin ini disusun bercampur satu peti dengan minuman-minuman lain. Tak ke naya kalau kita terbeli nanti.
Ia juga tampil dalam beberapa perisa lain. |
Jolly Shandy merupakan sejenis bir beralkohol rendah yang dikeluarkan oleh Carlsberg. Jika dilihat pada harga dalam gambar paling atas (RM 1.90), agak murah dan mungkin sasaran jualannya memang kepada golongan muda. Tak kira kecil atau besar kita, sama-samalah kita pesan-memesan antara satu sama lain.
Printscreen daripada website Carlsberg. |
Pautan: King Jason
0 komen:
Catat Ulasan