Kisah Pony Si Orang Utan Dilacurkan Tuan
>> 09 Disember 2013
Menjadikan orang utan sebagai haiwan peliharaan sudah dikira melanggar undang-undang, apalagi menjadikannya sebagai pelacur. Perilaku tidak berperikemanusiaan ini berlaku di Indonesia apabila seekor orang utan betina yang diberi nama Pony telah dijadikan korban pelacuran oleh pemiliknya.
Pony diselamatkan oleh pihak berkuasa dari sebuah rumah pelacuran di kampung Kareng Pangi, Kalimantan Tengah pada 2003. Ketika itu, usianya hanya sekitar 6 tahun. Pelanggan perlu membayar sejumlah wang kepada pemilik rumah sebelum boleh melakukan hubungan seks dengan Pony.
Si pemilik rumah kejam mencukur semua bulu Pony dan terdapat banyak kesan gigitan nyamuk pada badannya. |
Tidak dapat dipastikan sudah berapa lama Pony berada di rumah tersebut. Pemilik rumah begitu berkeras untuk menyerahkan Pony kepada pihak berkuasa walaupun sudah diminta berkali-kali kerana beranggapan Pony sebagai sumber pendapatan dan tuah. Beberapa usaha untuk menyelamatkan Pony gagal kerana pemilik rumah menerima sokongan tidak bertempat daripada penduduk kampung, sampaikan ada yang bersenjatakan parang untuk menghalang Pony daripada dibawa keluar.
Setahun, masa yang diambil BOSF (Borneo Orangutan Survival Foundation) dan BKSDA (Balai Konservasi Sumber Daya Alam) dengan kerjasama pihak polis dan tentera untuk berunding dan memujuk pemilik rumah untuk menyerahkan Pony.
Pony pertama kali di bawa ke Pusat Pemulihan Orang Utan Nyaru Menteng pada 13 Februari 2003. Bermulalah perjuangan Pony untuk kembali bangkit menjadi orang utan sebenar. Ini bukan hal yang mudah disebabkan selama bertahun-tahun Pony telah "disuap" manusia.
Di pusat pemulihan, mengajar Pony untuk menjadi orang utan begitu sulit. Pada usia 7 tahun ketika memasuki tempat pemulihan, Pony seharusnya sudah mampu berdikari namun sebaliknya.
Tahun 2005, Pony diberi peluang bebas di Pulau Bangamat sebagai langkah pra-pelepasan, namun Pony dianggap belum bersedia. Pony tidak pernah memanjat pokok, selalu berada di tanah selain selalu bergantung kepada makanan pemberian kakitangan. Pony akhirnya dibawa kembali ke Nyaru Menteng.
Tahun 2010, Pony sekali lagi dilepas bebas tetapi ia dilihat masih belum bersedia hidup berdikari di hutan. Hingga pada 29 Jun 2013, Pony didapati boleh cuba diuji untuk dilepas bebas berdasarkan perilakunya yang semakin berdikari.
Begitu lama masa yang diambil oleh Pony untuk pulih menjadi seekor orang utan normal. Semoga ia mampu hidup bebas dan jauh daripada manusia-manusia zalim. Hentikan penganiayaan terhadap haiwan!
Pautan: BOSF & Kompas.com
Rasanya tak salah kalau ditempatkan Pony di salah satu zoo di sana. Lebih selamat mungkin. Baca juga, 5 Perkahwinan Manusia Dengan Binatang.
Rasanya tak salah kalau ditempatkan Pony di salah satu zoo di sana. Lebih selamat mungkin. Baca juga, 5 Perkahwinan Manusia Dengan Binatang.
0 komen:
Catat Ulasan