Gambar Banjir Di Sekitar Kuantan (Rabu, 4 Disember 2013)
>> 04 Disember 2013
Hujan sekali sekala turun dan mula berhenti pada hari ini, Rabu bersamaan 4 Disember 2013 di Kuantan. Beberapa kawasan terjejas banjir sudah mula surut, namun situasi di sesetengah tempat seperti Sungai Isap dan Permatang Badak dilihat semakin serius berbanding semalam.
Gambar-gambar banjir Kuantan untuk 4 Disember 2013:
Gambar-gambar banjir Kuantan untuk 4 Disember 2013:
Pasaraya Borong Tunas Manja - jalan masuk dari Jalan Tanah Putih ke Sungai Isap. |
Perkampungan Sungai Isap - masjid tidak terjejas kerana kawasan tapaknya ditinggikan sebelum struktur masjid dibina. Perancangan yang bijak! |
Jalan masuk ke perkampungan Sungai Isap melalui stesen pencawang TNB dari Jalan Tanah Putih. |
Jalan masuk ke Permatang Badak atau Sungai Isap dari Jalan Tanah Putih. |
Jalan Tanah Putih - SMK Paya Besar di sebelah kiri, masjid di sebelah kanan. |
Sekitar luar kawasan masjid yang dinaiki air sebelum persimpangan ke Permatang Badak dari Jalan Tanah Putih. |
Jejantas yang menghubungkan pengguna ke SMK Paya Besar. |
Jejantas yang menghubungkan pengguna ke SMK Paya Besar - masih di persimpangan ke Permatang Badak. |
Medan Feri di Jalan Tanah Putih berhampiran jambatan yang menyeberangi Sungai Kuantan. |
Susur keluar dari Jalan Tanah Putih ke KIPSAS dan Pekan. |
Banjir di Taman Cenderawasih. |
Banjir di Taman Cenderawasih. |
SMK Bukit Rangin |
Jalan Pintasan Kuantan - stesen minyak Petronas berdekatan persimpangan Permatang Badak. |
Jalan Pintasan Kuantan - stesen minyak Shell berdekatan SK Bukit Rangin. |
Jalan utama yang menghubungkan Bukit Sagu dan Kuantan. |
Selain mengalami gangguan bekalan elektrik, masalah ketiadaan air juga menambah kesukaran ketika musim hujan begini. Semoga kita semua dapat menghadapi ujian ini dengan penuh kesabaran.
0 komen:
Catat Ulasan