ECO Team Alignment At Lake Kenyir Resort

>> 08 Januari 2012

Ini kali kedua aku menyertai membe office yang lain untuk program team alignment. Sebelum ni, team alignment dijalankan di Bukit Tinggi. Kali ni, di Tasik Kenyir pula. Seingat aku, ini kali pertama aku ke sini.

Perjalanan ke Kenyir menggunakan dua buah bas. Sebuah bas bertolak dari office di Kuantan, sebuah lagi dari office di Kerteh. Berbeza dengan di Bukit Tinggi sebelum ni yang disertai oleh semua department, team alignment kali ni dibahagikan mengikut department. Department aku di Kuantan bergabung dengan department yang sama dari office Kerteh.

Keadaan bilik di Lake Kenyir Resort. Masa ni tengah musim hujan di sini.

Nasib dapat bilik yang menghadap tasik. Ada tu yang menghadap gaung je.

Yang uruskan semua aktiviti pun orang yang sama macam team alignment sebelum ni. Mereka ni pula dari office KL. Memang tugas department mereka.

Pada sebelah petang, beberapa permainan dalam dewan dijalankan. Beberapa permainan lebih kurang sama macam sebelum ni. Tapi tetap enjoy...

Hari kedua, aktiviti luar pun bermula. Setiap kumpulan kena buat bendera dan 'shout'. Aku paling muda, ikut je la kata-kata otai. Nama kumpulan aku, Kemah Keming! haha...

Lepas je main permainan di atas ni, hujan lebat kembali turun. Untung kalau badan kecil...

Sesi petang, semua menuju ke jeti untuk aktiviti seterusnya pula.

Setiap kumpulan diberi bahan untuk membina rakit. Kena ikat 'kemah' sebab nak guna rakit tu dalam tasik pula nanti.

Sebelum tu, setiap kumpulan diberi penerangan ringkas berkaitan keselamatan. Kami diajar untuk tenang terapung bersama life jacket yang dipakai. Golongan tak pandai berenang macam aku memang memerlukan jaket di tempat sebegini...

Perlumbaan rakit pun bermula. Rakit yang siap dibina tadi diikat pada kayak untuk ditunda ke seberang. Untung lagi kalau badan kecil sebab dapat rilek atas rakit. Yang lebih muatan perlu berenang di sisi rakit masing-masing.

Sesi bergambar beramai-ramai selepas perlumbaan tamat.

Sesi malam, majlis makan malam dan aktiviti penutup.

Pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan penyampain hadiah kepada setiap kumpulan. Aku turut tercabut bersama membe bertuah yang lain.

Hari ketiga, selepas sarapan pagi yang sedap, semua berkumpul di lobi untuk menunggu diangkut ke bas.

Salah satu pengangkutan yang digunakan di dalam kawasan resort.

Salah satu yang best bila sudah kerja ni, dapat sertai program-program macam ni la. Kalau nak pergi sendiri memang lambat lagilah nak merasa. Apa lagi nak merasa makanan sedap-sedap dalam tu.

ECO membawa maksud East Coast Operation. Kejadian ni sudah lama berlaku, hujung tahun lepas lagi iaitu pada 16-18 Disember 2011. Baru rajin nak kongsi. Sekian.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP