Ini Baru Betul-betul Horsepower
>> 13 Januari 2012
Kenderaan ini diberi nama Naturmobil. Ia sebagai simbol untuk membantu menyelamatkan alam sekitar dan membuktikan betapa mudahnya untuk membina sebuah kenderaan yang tidak memerlukan bahan api fosil. Apa yang diperlukan adalah seekor kuda yang kuat dan sedikit imaginasi.
Bagaimana kenderaan ini berfungsi? Seekor kuda ditempatkan di atas conveyor belt. Sistem pneumatik mengangkat sedikit bahagian hadapan supaya kuda itu mula berjalan secara normal. Kuasa berjalannya masuk ke dalam kotak gear 36-gear dan membolehkan kenderaan mencapai kelajuan 25-30km/j, tetapi di atas jalan lurus yang panjang, ia mampu mencapai 70-80km/j. Tidak perlu bimbang tentang kuda kerana menurut laman rasmi kenderaan ini, terdapat sensor untuk mengesan suhu kuda apabila ia terlalu tinggi atau terlalu letih. Motor arus terus digunakan untuk memastikan Naturmobil bergerak dalam kelajuan seragam. Beberapa saluran air dan makanan serta sistem pelupusan kumbahan disediakan kepada kuda supaya ia lebih selesa. - Oddity Central
Ramai juga sukar menerima idea kenderaan ini. Boleh baca komen-komen tersebut di Oddity Central. Kalau masih tidak faham bagaimana kenderaan ini berfungsi, boleh tengok video di bawah. Agak pahit rasanya jika sekadar menelan penerangan di atas sebab aku sendiri pun tak berapa nak faham. haha...
Kenderaan ini sudah lama dibangunkan. Mungkin pada tahun 2008 lagi. Apa pandangan anda tentang kenderaan ini? Adakah ianya praktikal?
0 komen:
Catat Ulasan