Putus Silaturahim Dilarang Dalam Islam
>> 20 Januari 2012
Saya tersinggung dan terasa hati dengan bapa mertua kerana dia pernah menghina serta pernah memberitahu bencikan saya. Dia juga pernah meminta saya menceraikan anaknya. Sejak itu saya berjanji tidak mahu berjumpanya lagi. Berdosakah jika saya membenci sikapnya itu dan adakah wajar tindakan saya tidak menjenguknya?
Jawapan:
Setiap Muslim mesti memahami Islam sangat menitikberatkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. Bersikap benci-membenci dan memutuskan hubungan sesama saudara dilarang di dalam Islam.
Jika berlaku perselisihan faham, mereka hendaklah didamaikan dan menyambung kembali tali persaudaraan. Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat ayat 10).
Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).
Baginda bersabda lagi: “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)
Menghubungkan silaturahim banyak faedahnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Justeru, keterlanjuran kata-kata bapa mentua anda itu perlulah segera dimaafkan kerana sebagai menantu kita tidak boleh menyimpan perasaan marah atau benci.
sumber : myMetro
Sungguh 'berterus terang' bapa mertua pengadu ni. Memang sakit bila dengar orang cakap macam ni, tambahan pula mereka ada hubungan kekeluargaan dengan kita. Aku belum ada bapa mertua, jadi takde pengalaman macam di atas ni. Siapa yang ada? Macam mana anda selesaikannya?
Kena naik taraf hubungan dengan keluarga sendiri dulu. Kalau tak, memang naya nanti nak berhubung dengan keluarga sebelah. Entah sempat ke tak la...
0 komen:
Catat Ulasan