Puasa 2013
>> 23 Julai 2013
Esok masuk hari ke-15 umat Islam di Malaysia berpuasa. Sehingga ke hari ini, aku masih berada di Melaka, juga sudah 14 hari aku berpuasa di sini seorang diri. Rakan-rakan sekerja di Melaka sebahagian besarnya sudah menamatkan tugasan mereka di sini.
Sebelum ni pun dah pernah merasai bersahur atau berbuka seorang diri tapi kali ni macam lain sikit. Dulu, kadang-kadang tu ada juga berteman. Sekarang, 14 hari straight sorang-sorang. Memang rekod setakat ni.
Dengan persekitaran yang memerlukan aku ke site untuk menyudahkan tugasan, memang lain rasanya. Dapat tengok sebahagian manusia yang disangka berpuasa rupanya tidak. Mat Bangla kat site pun ramai puasa. Agak memalukan bagi aku. Sekurang-kurangnya jangan bagi orang lain nampak sangat kamu tu tak puasa, walau mungkin ada alasan yang berunsur peribadi.
My sahur meal. Berat sangat rasa nak makan nasi pagi-pagi. Biasa tala bubur je. |
Awal-awal dulu sahur dihantar ke bilik aku di tingkat 8 tapi sekarang mostly setiap hari kena turun tingkat 2. Baru sekali aku cuba sahur kat bawah. Mengharapkan aneka pilihan makanan seperti bersarapan di hari-hari biasa tapi apa yang disediakan sama je dengan apa yang dihantar ke bilik.
My berbuka meal. Setiap hari tapau macam ni. |
Insyaallah aku akan mengundur diri pada hujung minggu ini selepas hampir 10 bulan di Melaka dan kembali ke Kuantan. Dah mula imagine hidup dengan makan gaji basic balik. Ngeri je gaya. Semoga segalanya dipermudahkan.
Dapat mesej, mak aku masuk hospital lagi di waktu aku menunggu satu lagi masalah aku selesai. Bingung dan harap segalanya dipermudahkan. Benci dengan sistem sesetengah organisasi sekarang yang kononnya membantu dan memudahkan, padahal menyusahkan orang lain.
Yeah, berjaya menaip untuk blog...
0 komen:
Catat Ulasan