Budak Kecil Peramah Dalam Surau
>> 12 April 2012
Sampai juga hajat nak pergi solat jemaah Maghrib. Ada 3 pilihan lokasi yang berdekatan rumah sewa aku - 1 surau, 2 masjid. Surau yang aku pergi tadi paling dekat. Dekat-dekat pun, ini kali pertama sampai situ. Kalau di situ ada buat khutbah dan sembahyang Jumaat mungkin akan sampai banyak kali dah. Masa bulan puasa tahun lepas pun belum pernah Tarawih situ.
Bukan apa, kadang-kadang tu aku ada juga kongsi entri yang mengajak kepada kebaikan dalam ni. Tak kan asek nak kongsi je, kalau tukang kongsi sendiri pun tak amal tak guna juga. Macam doa kekal hidayah, Alhamdulillah, sebab setiap kali aku baca doa lepas solat aku akan selitkan doa ni. Lagipun doa tu senang dan pendek je. Selalu sangat dengar pak imam baca sebelum ni tapi jarang sekali baca sendiri. Biasa aminkan je.
Lepas bagi salam, para jemaah berzikir. Aku pun dah lama tak duduk berzikir lama-lama. Biasa baca Istighfar 3 kali, terus baca doa. Sedang berzikir, budak-budak kecil bermaraton dalam tu. Tiba-tiba datang seorang budak kecil singgah kat aku sambil bertanya, "ni sapa? Nama? Tak pernah tengok pun..." Terus aku jadi Rabu Yang Bisu dalam surau tu. Tak mampu nak jawab soalan budak tuh. haha...
Budak kecil macam tu pun boleh kenal orang yang selalu pergi surau ke tak. Itu yang aku 'pelik'. Jelas sekali budak tu lagi kerap pergi walaupun orang sembahyang tapi dia buat kucar.
Insyaallah, akan diteruskan misi ini. Sebagai kenangan dan bekalan sebelum berpindah ke rumah sewa baru.
0 komen:
Catat Ulasan