Jangan Membiasakan Diri Dengan Meminta-minta

>> 26 April 2012

Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan. Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya sedangkan tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya. - Riwayat Bukhari dan Muslim


Inilah antara fenomena biasa yang boleh dilihat di Malaysia. Kalau tempat itu menjadi tumpuan orang ramai, golongan macam ini mesti ada. Bukan untuk menidakkan tindakan semua mereka yang termasuk dalam golongan ini. Cuma aku tak berapa puas hati dengan apa yang sesetengah mereka lakukan. Ada orang tak kisah dengan mende macam ini. Bagi mereka, niat kita yang memberi lagi penting.

Memang menghulurkan sumbangan kepada orang lain itu tuntutan agama dan besar ganjarannya tapi kalau tak kena tempat dan cara macam mana? Golongan macam ini tak akan berhenti selagi ada golongan tangan 'pemurah' di sekeliling mereka. Suka memberi tak mengira keadaan. Ini antara entri keluhan aku sebelum ini - Haruskah Begitu?

Warga luar pun tidak terkecuali mengambil kesempatan. Dengan menggunakan status penuntut pusat pengajian tempatan, mereka datang bagi salam atau ketuk cermin kereta (bukan kereta aku). Kemudian menghulurkan kepingan ayat suci Al-Quran yang dibikin kemas. Bila orang tak hulur sumbangan atau mungkin lebih tepat sebagai bayaran, mereka minta balik kepingan ayat tuh.

Harap ada yang sudi memberi pandangan mengenai isu ini.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP