15 Binatang Yang Mempunyai Dua Kepala

>> 03 April 2012

Ini antara binatang yang dilahirkan dengan dua kepala. Jangka hayat mereka tidak sepanjang binatang yang lahir normal. Namun, koleksi gambar berikut dapat membuktikan kewujudan mereka walaupun hanya seketika.

1. Foto 22 September 1986 - Anak penyu yang dilahirkan dengan dua kepala dan satu set lebihan kaki di antara 'mereka' di Pennsylvania, Amerika Syarikat. (AP Photo/Rusty Kennedy)

2. Foto 2 April 1987 - Anak lembu dengan dua kepala bercantum diberi minum susu di sebuah klinik veterinar di California, Amerika Syarikat. Anak lembu betina berusia 12 hari ini boleh makan melalui kedua-dua mulut tetapi yang sedang disusukan lebih dominan. (AP Photo/Walt Zeboski)

3. Foto 17 Januari 2001 - Saintis Australia menemui cicak berlidah biru (blue-tongued lizard) yang mempunyai dua kepala di Sydney. (AFP Photo/ Paul Jones)

4. Foto 25 Jun 2001 - Anak buaya berkepala dua di sebuah ladang buaya di pinggir bandar Bangkok, Thailand. Buaya ini berkongsi bahagian bawah badan, mempunyai lapan kaki dan dua ekor. Panjangnya 17 cm dan berat 70 g. (AP Photo/Sakchai Lalit)

5. Foto 28 Mei 2003 - Kura-kura berkepala dua di Wellington, Afrika Selatan. (AP Photo/Obed Zilwa)

6. Ular tikus (rat snake) albino berkepala dua ini mati pada 2007 pada usia 8 tahun.

7. Foto 5 September 2007 - Kura-kura berkepala dua dipertontonkan kepada pihak media dan orang ramai semasa sambutan rasmi ulang tahun ke-10 sebuah muzium di Geneva, Switzerland. (AFP Photo/Fabrice Coffrin)

8. Foto 26 September 2007 - Kura-kura berkepala dua dipertontonkan di Pennsylvania, Amerika Syarikat. (AP Photo/Matt Rourke)

9. Foto 8 Mei 2008 - Ular berkepala dua bernama Tom and Jerry pada sebuah pameran vivarium di Offenburg, Jerman. (AFP Photo/Johanna Leguerre)

10. Foto 9 November 2008 - Seekor kambing biri-biri berkepala dua di sebuah kem pelarian di Tebing Barat, Palestin. (AFP Photo/Hazem Bader)

11. Foto 19 Ogos 2009 - Seorang doktor veterinar memberi susu kepada anak lembu berkepala dua yang berusia 5 bulan di Cajamarca, Peru. (AFP Photo/Andina-Eduardo Lozano)


12. Foto 22 April 2010 - Bobtail lizard berkepala dua yang dilihat di taman reptilia di Perth, Australia. Mengkarung ini makan melalui kedua-dua kepala tetapi kepala yang lebih besar ada kalanya menyerang kepala yang lebih kecil dan pergerakan agak sukar kerana kedua-dua kepala mengawal kaki belakang yang sama. Bobtail ialah mengkarung yang melahirkan anak dan tidak bertelur. (Getty Images/Paul Kane)

13. Foto 28 Januari 2011 - Seekor anak lembu berkepala dua di Gegharkunik, Armenia yang dilahirkan pada 25 Januari. (AFP Photo/Karen Minasyan)

14. Foto 28 Oktober 2011 - Ular Honduran milk albino berkepala dua yang dipertontonkan di Florida, Amerika Syarikat. (AP Photo/Sunshineserpents.com, Daniel Parker)

15. Frank dan Louie, seekor kucing kelabu dengan dua mulut, dua hidung dan tiga mata. (AP Photo/Steven Senne)

Video Frank dan Louie

Sumber: Yahoo! News

Tak puas tengok haiwan dua kepala? Tengok pula koleksi cerita ular banyak kepala.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP