Kematian Mengejut Pemain Livorno, Piermario Morosini (Gambar & Video)
>> 16 April 2012
ROME: Semua perlawanan hujung minggu di Itali dibatalkan kelmarin berikutan kematian pemain tengah Livorno, Piermario Morosini, seorang pemain yang dibelenggu kehidupan peribadi penuh tragedi.
Pemain berusia 25 tahun itu, yang dipinjamkan daripada kelab Serie A, Udinese, tumbang di padang ketika perlawanan divisyen dua di Pescara dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.
Ia meneruskan sejarah tragik keluarganya yang menyaksikan kedua ibu bapa Morosini mati ketika dia masih remaja, selepas itu abangnya yang kurang upaya turut membunuh diri. Dia meninggalkan seorang kakak yang cacat.
Kematian Morosini hadir tidak sampai sebulan selepas pemain tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba mengalami serangan jantung ketika perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris menentang Tottenham, menyebabkan pihak berkuasa meminta lebih banyak pemeriksaan perubatan dilakukan terhadap pemain bola sepak.
Pengurus Besar Persekutuan Bola Sepak Itali, Antonello Valentini memutuskan untuk menangguhkan baki semua perlawanan hujung minggu, bermula dengan perlawanan Serie A antara AC Milan dan Genoa.
Perlawanan itu dijadualkan bermula jam 6 petang waktu tempatan. Penyokong yang sudah berada di Stadium San Siro bertindak balas dengan pengumuman itu dengan bertepuk tangan, sekalipun sesetengahnya melontarkan ejekan.
Presiden Jawatankuasa Olimpik Itali, Giovanni Petrucci kemudiannya meminta semua persekutuan sukan Itali untuk bertafakur selama seminit bagi memperingati Morosini.
Morosini mengalami serangan jantung ketika babak pertama perlawanan itu. Dia tiba-tiba tumbang dan dirawat di padang sebelum dikejarkan dengan ambulans ke hospital Civile Santo Spirito di Pescara. - myMetro
Agak lambat aku tahu berita kematian Piermario Morosini ini. Masa tengok perlawanan Manchester United dan Aston Villa tadi baru aku perasan. Tambah pula aku ada buat entri pasal kematian pemain bola sepak di atas padang (Part 1, Part 2, Part 3). Touching ma...
0 komen:
Catat Ulasan