Fabrice Muamba Rebah Ketika Beraksi

>> 19 Mac 2012

LONDON: Pemain bola sepak Bolton, Fabrice Muamba kini berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas rebah ketika beraksi untuk kelabnya menentang Tottenham pada suku akhir Piala FA kelmarin. Pemain kelahiran Kinshasa berusia 23 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas insiden yang mengejutkan di penghujung babak pertama di White Hart Lane Sabtu lalu apabila Muamba yang beraksi di posisi tengah secara tiba-tiba terjatuh.

Beberapa anggota paramedik dilihat berusaha memberikan bantuan kepada pemain itu sebelum dia diusung keluar selepas perlawanan masuk minit ke-41 dengan kedudukan ketika itu 1-1. Muamba yang memakai topeng oksigen sambil diiringi anggota paramedik dan perubatan Bolton meninggalkan padang.

Pengadil Howard Webb mengarahkan pemain-pemain meninggalkan padang sebelum pengumuman pembatalan perlawanan itu dibuat. Dalam satu kenyataan bersama Bolton dan Hospital London Chest semalam, Muamba masih dirawat di unit rawatan rapi.

Beberapa pemain dari kedua-dua pasukan menangis melihat insiden itu dengan penyokong mula bersorak dengan menyebut nama Muamba ketika dia dirawat. Nasib malang yang dialami pemain bola sepak itu mendapat perhatian ramai sehinggakan ungkapan "Doa untuk Muamba" turut disiarkan dalam laman sosial Twitter selepas dia dimasukkan ke hospital. - AFP - myMetro

Muamba (kiri) sedang bersaing dengan Rafael van der Vaart di White Hart Lane sebelum dia rebah.

Video dan gambar-gambar kejadian:








Para pemain Manchester United sempat memberikan penghormatan dalam 30 saat sebelum perlawanan menentang Wolves di Molineux. Man Utd menang besar 5-0. hehe...

"Pray for Muamba": Gary Cahill meraikan gol jaringannya beberapa jam selepas kejadian dengan mesej untuk bekas rakan sepasukannya di Bolton.

Penyokong Liverpool tidak ketinggalan memaparkan mesej semoga sembuh sebelum sepak mula Piala FA kelab itu menentang Stoke.

Penghormatan: Sebahagian pemain Real Madrid memakai baju khas sebagai tanda sokongan kepada Muamba.

Mesej sokongan: Bintang-bintang bola sepak dengan mesej sokongan mereka di Twitter. Sumber semua gambar: Mail Online

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP