Koleksi Cerita Ular Banyak Kepala

>> 21 March 2012

Berapa banyak kepala yang korang pernah tengok terdapat pada seekor ular? Aku belum bertuah untuk tengok ular lebih daripada satu kepala depan mata aku sendiri. Bukan meminta, cuma nak khabo kejadian macam ni amat jarang-jarang berlaku.

Kalau seekor ular mempunya 2 kepala, mungkin boleh diterima akal lagi. Banyak juga kes dan gambar yang boleh dijumpai dalam internet pasal ular berkepala 2. Tapi, bila ada cerita yang kononnya ada ular berkepala lebih daripada 1 atau 2, boleh menjadi tanda tanya kepada ramai pembaca.

Cerita ular berkepala 3 - Sudah tentunya di India. Hasil daripada carian di internet, ada juga yang menulis di Singapura. haha...

Cerita ular berkepala 5 - Masih lagi di India. Tak silap aku, ada lagi dua gambar lain ular ini.

Cerita ular berkepala 7 - Paling menarik sebab berlaku di Malaysia. Walaupun negara kita tak besar mana, terdapat beberapa versi cerita tentang ular ini. Paling popular, didakwa berlaku di Terengganu dan Perlis. Mana satu pilihan hati?

Cerita ular berkepala 10 - Cerita semakin kencang dengan penemuan ular berkepala 10. Salah satu lokasi kejadian ialah di Sri Lanka.

Dengan kuasa Maha Pencipta, tak mustahil semua ini untuk berlaku di dunia yang nyata. Manusia macam kita hanya mampu mencipta cerita di alam maya. Bukan untuk menidakkan semua cerita sensasi di atas. Aku pun bukan kisahkan sangat kebenaran cerita-cerita ini. Prinsip alam maya - Baca boleh, percaya jangan! haha...


Penerangan daripada gambar ini paling senang nak faham. Berapa kepala korang nak?

Ular antara binatang yang menarik untuk dikongsi. Itu salah satu sebab ular selalu dieksploitasi oleh kita-kita. Dalam blog ini pun, banyak sangat perkongsian tentang ular. Antaranya:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP