Aksi Berani Seorang Budak Bermain Snake

>> 01 Mei 2012

Permainan Snake menjadi salah satu identiti penting dalam keluaran telefon bimbit jenama Nokia. Dalam permainan ini, pemain perlu mengawal seekor 'ular' yang tidak boleh terlanggar ekor atau badannya sendiri atau 'dinding' yang mengelilingi kawasan permainan. Pada masa yang sama, ular tersebut perlu mendapatkan 'makanan' dan ia akan semakin memanjang, menjadikan permainan semakin sukar. Pemain akan mengawal arah kepala ular (atas, bawah, kiri atau kanan) yang tidak berhenti bergerak semasa permainan sedang berjalan.


Masing-masing pun pernah main kan? Berebut berlawan nak buat high score. Tapi itu dulu, sekarang entah ada lagi ke tak la yang pandang game macam ini. Dengan pengeluaran telefon pintar yang semakin pesat, banyak lagi game yang lebih menarik. Tambah-tambah Angry Birds. Aku pun sudah lama tak main game Snake ni. Papepun, memang legend la game ni kan. Jadi, ini kisah seorang budak yang bermain 'Snake'. Memang panjang habis ular dia. Orang dewasa pun belum tentu boleh mengawal ular sepanjang ini.


KEMBOJA - Semasa budak ini berusia hanya tiga bulan, ayahnya menjumpai seekor ular sawa di atas katil. Si ayah tidak membunuh reptilia itu dan membawanya balik ke dalam hutan tetapi ia kembali masuk semula pada hari berikutnya. Dikatakan, ular sawa itu telah dipulangkan kembali ke hutan sebanyak tiga kali tetapi ia berdegil untuk kembali. Kini, ular yang diberi nama "Lucky" ini menjadi teman rapat kepada kepada budak ini. So sweat!!!









Apa macam? Panjang kan ular dia? Besar pulak tuh. Mende dah lama. Aku kongsi sebab mende ini berkaitan ular. Sayang pula kalau dipinggirkan daripada entri-entri ular yang lain. Apalah nasib budak ini sekarang?

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP