Kelebihan Memiliki Bulu Dada
>> 29 Mei 2012
Berikut adalah kelebihan mereka yang memiliki bulu dada. Sebelum itu, ingin aku sebagai empunya blog ini menyatakan bahawa artikel ini berdasarkan sumber yang diberikan di bawah.
Sukar untuk berpeluh - Kenapa lelaki yang berbulu dada sukar untuk berpeluh, walhal mereka juga manusia biasa? Ini kerana, bulu dada telah menyerap peluh melalui sistem osmosis oasis.
Tidak dijangkiti kurap @ panau - Kulit yang dilindungi dengan bulu dada menyebabkan lelaki itu tidak akan sama sekali dijangkiti apa-apa penyakit yang berkaitan dengan kulit. Sebagai bukti, tengok tempat yang ada tumbuh bulu. Contohnya ketiak, adakah ketiak korang berkurap @ berpanau? Tidak ada bukan? Yang ada hanyalah bulu yang melindungi dan ada bau hancing kalau korang tak guna Rexona.
Nampak kejantanan - Mereka yang memiliki bulu dada terbukti adalah lelaki tulen. Ini kerana, bulu dada selalunya hanya dimiliki oleh lelaki sahaja. Jika terdapat perempuan yang memiliki bulu dada selebat bulu dada lelaki, ia bermaksud perempuan itu adalah sotong. Sotong bermaksud lelaki yang lembut a.k.a pondan awww.
Pelindung kepada wanita - Lelaki yang memiliki bulu dada dikatakan menjadi pelindung kepada wanita. Banyak perempuan yang suka dengan lelaki yang dadanya berbulu kerana menganggap bulu dada lelaki itu boleh memberi kasih sayang yang diinginkan. Ada juga yang beranggapan bulu dada boleh membawa rezeki kepada pasangan suami isteri itu jika suami berbulu dadanya.
Sumber: Majalah Lelaki Online
Sebab apa aku kongsi? Sebab aku macam tak berapa nak percaya atau setuju dengan isi dan huraian dalam ni. Fakta yang sukar untuk dipercayai ditambah artikel yang lebih kepada pandangan dan pengalaman penulis itu sendiri. Agaknya la kot...
Pembaca yang mahu meninggalkan komen tidak perlu mengaku anda salah seorang lelaki yang berbulu dada atau tak. Perempuan pun tak perlu mengaku samada suka atau tak lelaki yang berbulu dada ni. Entri ringan pasal bulu dada sebelum entri bulu dada yang seterusnya.
0 komen:
Catat Ulasan