Haruskah Begitu?

>> 06 March 2011

siot...tekanan tengok man utd main malam ni. biasa ar tu main bola. ada menang ada kalah. tapi payah gak nak terima ni. lantak la. papepun, bukan nak cerita punca or faktor kekalahan man utd tapi ada mende lain...

aku selalu tengok bola kat mamak je. malam ni aku try kat kedai yang aku tak pernah pergi tengok bola sebelum ni. kedai mamak gak. ada yang lain kat kedai ni. aku bukan dilayan oleh abang mamak je, tapi siap ada pakej lain kat situ ma. bukan gro tau...

feel tiba-tiba jadi tak best bila ada abang ni datang nak jual vcd kat aku. siap bersalam tangan lagi. kira bagus la tu kan. aku pun main angguk-angguk je la. sambil cakap "bagus-bagus" dan tunjuk ibu jari cantik aku kat dia. memang dia buat mende baik sebab dia jual vcd berunsur keagamaan tapi macam tak kena cara lak...

sekadar contoh
yang sorang lagi ni, budak-budak. datang minta derma rasanya. tak kisah la kalau nak minta derma tu. tapi bila tengok derma yang siap resit-resit ni jadi macam tak puas hati lak. macam ada limit lak kita kena derma berapa sebab kat resit tu selalu dah siap tulis nilai yang kita derma. tapi yang budak ni dia tak datang kat aku. mungkin sebab lakonan muka ganas aku menjadi kot. huhu...

tah ar. mungkin sebab aku ni jahil sangat bab-bab mende baik ni. sampai rasa tak suka dengan apa yang mereka buat tu. tapi aku rasa memang tak kena cara kot buat macam tu...

korang rasa macam mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP