Kuasa Facebook

>> 14 June 2011

aku menghabiskan sisa-sisa hidup kat bilik yang aku sewa sampai hujung bulan ni. aku terpaksa mencari rumah lain sebagai tempat update blog dan tido. kalau nak tau sebab pe baca entri aku sebelum ni kat SINI!

dalam usaha mencari kediaman baru, aku ada cuba tengok dalam mudah.my. memang tak menghampakan sangat kalau nak cari bilik or rumah kat area kuantan ni. banyak gak la. tapi kalau bilik untuk disewa, majoriti nak cari pompuan je. pilih kasih. huhu...

satu iklan ni, ada nak cari teman serumah. lelaki...aku pun telepon la si pencari tu. agak berat gak nak join masuk rumah tu sebab lokasi yang agak jauh dari office aku. papepun, cuba dulu...

dalam keasyikan aku bertanya kepada si pencari teman serumah tu, tiba-tiba lak dia boleh tanya aku. "ada facebook tak?" boleh lak tanya macam tu. tergelak aku masa tu. tak kan nak nilai aku dengan tengok profile fb aku kot...


terus aku tukar topik...aku cakap aku hold dulu. papehal, nanti aku call dia balik. memang aku rasa si pencari tu agak cerewet sikit sebab kat iklan tu pun ada tulis 'tidak merokok'. tapi sekarang dia dah update iklan tu. tak de dah kot. kalau bab tak boleh merokok tu aku boleh terima lagi, tapi kalau sampai nak tengok profil fb, cam pelik je...

dalam proses ke kediaman baru, si pencari yang ni tak tanya pun aku ada facebook ke tak. haha...

***********
mesin basuh dah lesap sekarang ni. nak basuh baju pakai tangan memang agak malas kot. kalau yang kecik-kecik tu sanggup lagi. haha...


dan, inilah kali pertama aku hantar pakaian aku ke dobi. malas punya pasal.


agak berpuas hati ngan hasilnya...


lipat pun cantik-cantik je. tak sampai hati nak keluarkan dari plastik tu. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP