Telur Rebus Tersekat Dalam Kemaluan
>> 20 Mac 2014
Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat dalam kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik ketika mengadakan seks dengan suaminya. Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.
Gambar hiasan: Telur rebus yang dikopek separuh kulitnya. |
Menurut suami wanita berkenaan, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks. Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.
Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu. Apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat-lompat tetapi masih gagal.
Dr. Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi. "Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital," katanya. - myMetro (28/02/2014)
#Banyak kes tersangkut atau tersepit yang dilaporkan media berlaku di negara China. Mana-mana tempat pun boleh berlaku perkara yang sama, cuma secara peribadi banyak sangat kes dari sana. Selalunya, kes yang berlaku banyak yang ngeri, pelik tetapi yang ini, sudah semestinya kelakar.
#Don'tTryThisAtHome
#JanganTindasTelurRebus
0 komen:
Catat Ulasan