Berbuka Puasa Di Padang MPK 2, Kuantan
>> 28 Ogos 2011
aktiviti berbuka puasa di Padang MPK 2, Kuantan sangat popular sepanjang bulan ramadhan setiap tahun. nak cari lokasi padang ni mudah je. kalau korang jumpa masjid negeri, kompem korang dah dekat sangat dengan padang ni. dan itu mungkin salah satu sebab mengapa padang ni menjadi pilihan. kerana ada masjid yang bersebelahan...
tanggal 27 ogos bersamaan dengan 27 ramadhan, padang MPK 2 ni turut menjadi pilihan keluarga, saudara dan jiran aku untuk berbuka puasa bersama. aku sendiri pun belum pernah buka puasa kat sini. jadi, jemputan untuk berbuka sekali bersama mereka yang datang dari kampung tidak boleh untuk ditolak...