Jenis-jenis Nafsu
>> 29 November 2012
Nafsu #1
Nafsu Amarah: Nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan.
Nafsu amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran. Susah untuk menegur orang sebegini mereka kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu amarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah.