Sokongan Cristiano Ronaldo Terhadap Palestin
>> 21 November 2012
Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk bekerjasama dengan Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.
Tindakan yang paling ketara telah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabel media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.
Bekas penyerang Manchester United yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati memberikan kasut emas yang diraihnya pada tahun 2011 kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.
Pernah dilaporkan sebelum ini, dalam satu majlis, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.
Namun ada juga pihak media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keprihatinan beliau terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah dilaporkan mengunjungi Palestin pada tahun 2005 dan 2007.
Beliau disambut dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walau bagaimanapun kecaman terhadap Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis. - Halimislam Online
Dalam krisis Israel-Palestin sekarang ini, nama bintang bola sepak ini pun riuh disebut-sebut di alam maya. Tindakan beliau yang dikatakan telah melelong anugerah kasut emas yang pernah dimenangi sebagai sokongan terhadap Palestin semestinya mendapat pujian umat Islam di seluruh dunia. Itu pun kalau berita ini betul!...dan aku sama sekali tak tahu yang Barca ada hubungan dengan Israel.
Berikut beberapa lagi gambar yang dikaitkan dengan sokongan Cristiano Ronaldo terhadap Palestin:
Semoga hatinya juga terbuka untuk menerima Islam. |
Penemuan gambar ini yang menyebabkan aku ragu-ragu dengan berita di atas. Gambar kanan didakwa yang asli. |
Apa yang dia buat sekali pun, kita sendiri janganlah lupa untuk memberikan bantuan kepada saudara kita di Palestin. Tak mampu dari segi kewangan, kirimkan doa pun dah kira memadai. Sekurang-kurangnya ada usaha. Apa guna boikot kalau tak pernah nak mengadap Tuhan kan?
0 komen:
Catat Ulasan