Lintasan Hidupan Liar Menarik Di Serata Dunia

>> 26 Februari 2014

Wildlife overpassesgreen bridges dan ecoducts, semua merujuk kepada struktur yang dibina samada di atas atau bawah jalan raya untuk membolehkan hidupan liar menyeberang jalan dengan selamat. Kebanyakan struktur adalah di antara 10 m (30 kaki) dan 60 m (180 kaki) lebar. Biasanya, ia dilengkapi dengan tanah dan tumbuh-tumbuhan untuk menyediakan habitat yang sesuai untuk pelbagai spesies haiwan. Berikut beberapa gambar lintasan hidupan liar yang paling indah dan menarik di dunia.

wildlife overpasses, green bridges, ecoducts
 Taman Negara Banff, Alberta, Kanada.
Di Taman Negara Banff, Alberta, Kanada, kini terdapat 41 struktur lintasan hidupan liar - 6 overpasses (laluan atas) dan 35 underpasses (laluan bawah) bagi membantu hidupan liar melintasi Lebuhraya Trans-Kanada dengan selamat. Sejak pemantauan bermula pada tahun 1996, 11 spesies mamalia besar termasuk beruang, rusa dan kucing besar telah menggunakan struktur yang dibina lebih daripada 200,000 kali.

The Telekung Project: Telekung Lama Tukar Baru

>> 23 Februari 2014

Empat tahun lalu, Norazila Abdul Aziz, 34, secara senyap-senyap melakukan aktiviti mengutip kain telekung wakaf di surau-surau berdekatan kawasan kediamannya di Puchong, Selangor. Kadangkala dia ditemani anak sulungnya, Sofea Najihah yang baru berusia 7 tahun.

Pakaian solat untuk wanita itu bukan dikutip untuk kepentingan sendiri sebaliknya dicuci dan digantikan dengan telekung yang bersih. Dari surau pusat hentian rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya hinggalah ke surau-surau di pusat beli-belah sekitar Lembah Klang, kelibat wanita menjinjing beg berisi telekung mungkin biasa dilihat.

projek telekung
Setiap kiriman telekung yang diterima akan dipasang tag khas sebagai identiti projek telekung kendaliannya.

Video Ustaz Indonesia Naik Angin Tindih Kepala Lelaki Dengan Lututnya

>> 21 Februari 2014

Laman sosial Indonesia petang ini kecoh dengan penyebaran sebuah klip YouTube berdurasi 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat.

Ustaz Hariri
Tindakan Ustaz Hariri terhadap seorang petugas sistem audio.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa BaratLelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem audio dalam majlis berkenaan.

Mati Ketika Sujud Terakhir Solat Pertama Selepas Peluk Islam

>> 19 Februari 2014

Kisah seorang imam di Barat yang menceritakan tentang pengalamannya pada suatu hari ketika dia berada di sebuah masjid. Dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar. Rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang. Pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gengster itu basah dengan peluh di badannya.

sujud

Lelaki itu lalu berkata, "tunjukkan aku cara untuk ku memeluk Islam?" Lalu si imam bertanya,"siapakah kamu?" Lalu dijawabnya, "aku Carlos".

Perlukah Bersunat Bagi Perempuan?

>> 13 Februari 2014

Saya berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. Saya bekerja sebagai jururawat.

Saya dapati alat sulit saya kelihatan berbeza daripada wanita lain apabila labia minora kelihatan sangat lebar. Saya bertanyakan kepada ibu sama ada saya disunatkan semasa dilahirkan, namun ibu saya tidak ingat, cuma katanya kemungkinan ada.

perempuan sunat
Gambar hiasan: Seorang wanita menenangkan anaknya dalam satu prosedur berkhatan khusus untuk wanita di Indonesia.
Apabila bertanyakan pada ayah pula, dia memberitahu perempuan tidak wajib bersunat jadi kemungkinan saya tidak disunatkan.

Paderi Arah Pengikut Makan Rumput

>> 09 Februari 2014

Seorang paderi mempunyai cara tersendiri untuk mengajak pengikutnya 'mendekati Tuhan' - iaitu dengan meragut rumput seperti haiwan ternakan. Lesego Daniel dari Afrika Selatan yang menjadi paderi di Pusat Rabboni di Garankuwa, utara Pretoria turut didakwa memijak dan menendang pengikutnya ketika mereka melakukan upacara keagamaan baru-baru ini.

ajaran sesat

Media melaporkan, paderi kontroversi itu sudah melakukan pelbagai kekasaran atas nama agama tetapi pengikutnya tetap mempertahankan perbuatannya itu. Bagaimanapun, pengguna media sosial menggelar Daniel 'gila' apabila lelaki terbabit memuat naik gambar menunjukkan dia memijak pengikutnya di laman Facebook.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Februari 2014

>> 04 Februari 2014

Ustaz Azhar Idrus

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Februari 2014. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak UAI. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk page Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

60 Tahun Hidup Tak Mandi

>> 03 Februari 2014

Dia solo dan sedang mencari cinta tetapi untuk memenangi hatinya, anda perlu menerima gaya hidupnya yang pelik. Amou Haji, 80, yang tinggal di sebuah kawasan terpencil di Kampung Dejgah di wilayah Fars, selatan Iran tidak pernah mandi selama 60 tahun.

Amou Haji

Dia mengatasi rekod terakhir manusia paling lama tidak mandi milik lelaki India berusia 66 tahun, Kailash Singh, yang tidak mandi selama lebih 38 tahun.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP