Aku Praktikal

>> 23 February 2010

hmmm...camne mau start ayat ek??? ok la...pada suatu hari...
argh! lupa lak ayat...

masa ni hujung sem 5 dah kat kolej aku. masa-masa camni aku mula menggelabah sebab tempat nak praktikal tak de lagi. sem depan or final sem dah kena praktikal ma...

berbekalkan sahabat-sahabat yang ada masa tu, aku memberanikan diri gi la jumpa En. Jaapar. dia ni la handle pasal latihan industri student. rezeki aku hari tu, masa aku gi bilik dia dan dan lak ada notis company offer tempat. company tu nak pakai sorang je...perancangan awal aku nak praktikal sekali membe-membe. boleh gak berteman dikala kesunyian kan??? aku pun mengofferkan diri la nak masuk company tu...dan segala urusan dibantu lak oleh En. Jaapar...syukur!!!

daripada nama memang ada class kot company ni. mula la berangan kerja-kerja yang kena buat kat sana nanti....

berbekalkan moto yang dipinjamkan oleh mak aku, aku gi lapor diri pada hari yang ditetapkan tu. agak menarik diselangi dengan suasana yang membosankan. mujo gak ada trainee lain masa tu. tak la aku kesepian...

sekarang ni dah hampir 2 bulan aku praktikal. dan sekarang ni gak aku tengah tunggu elaun masuk. nak kena bayar hutang lagi, repair moto...harap cukup la untuk sebulan seterusnya...

nak citer pasal kerja, nanti lak la kot...papepun company ni tak de la bes sangat bagi aku. mujo ada elaun je...



ni la antara gambaran pasal company tu. wat ATP. aku pun tak sure lagi ATP tu stand tok pe.haha...


ni lak suasana dalam office...tapi tu bukan table aku la. aku punya tempat cikai je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP