10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

>> 13 Disember 2010

Ini merupakan 10 makanan paling menjijikkan di dunia dan negara China merupakan negara teratas yang mempunyai makanan "istimewa" ini. Semua gambar dan penerangan kepada makanan eksotik ini mempunyai unsur yang boleh memuntahkan sesetengah pembaca dan semua yang disenaraikan dalam top 10 ini hanya berdasarkan satu sumber. Ada banyak lagi sebenarnya makanan pelik dan aneh yang pernah dihidangkan. Teruskan membaca jika berminat.

1. Burger "Cindil" di China

Cindil atau anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan menjadikan tubuh lebih sihat. Selain itu, cindil mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ia juga boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dan salah satu daripadanya adalah asma. Di negara China, cindil dihidangkan dalam pelbagai cara. Salah satu cara yang digunakan adalah burger.

2. Otak Monyet Hidup di China

Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kecergasan pada lelaki terutama penyakit mati pucuk. Selain itu, hidangan otak monyet dapat menambah stamina. Di China, mereka percaya bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab sebagai ubat kuat. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian kepalanya dipukul sampai 'pengsan' dan jangan sampai mati. Kemudian, kulit kepala bahagian atas disiat dan tengkoraknya ditebuk supanya otak boleh disedut mentah-mentah dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan yang menyediakan hidangan sebegini seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur dan Jakarta.

3. Daging Tikus Goreng di China

Tikus-tikus yang biasa berkeliaran di kawasan sawah para petani biasanya menjadi pilihan sebagai lauk oleh kebanyakan orang di China. Daging tikus digoreng dan dihidangkan bersama serbuk lada sebagai penyedap. Ia dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi.

4. Ulat Rebus di Botswana

Suku kaum di pedalaman Botswana makan ulat mapone sebagai menu makan harian. Ulat yang telah dikumpulkan, dimasak mentah-mentah dan disantap bersama-sama.

5. Taucu Busuk di China.

Taucu yang telah berkulat diproses untuk dijadikan menu makanan dan hanya terdapat di negara China. Tidak banyak maklumat yang dapat dikongsi mengenai menu ini.

6. Janin Telur Itik di Filipina

Di Filipina, telur itik yang mencapai usia 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin dimasak atau direbus dan kemudiannya disantap bersama sos dan kicap masin. Ia dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi.

7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur

Di wilayah Asia Timur, segumpal sperma ikan Cod boleh diproses seperti gambar di atas untuk hidangan di hotel-hotel berbintang dengan harga yang sangat mahal.

8. Sos dari Sperma Ikan Mas di Hungary

Di Hungary, sperma ikan Mas diolah dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.

9. Steak Daging Buaya di Singapura

Di Singapura, daging buaya (kebanyakannya anak buaya) diolah menjadi steak buaya. Daging buaya terutama di bahagian paha kaki dihidangkan bersama kentang goreng. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.

10. Bola Mata Ikan Tuna di Jepun

Di Jepun, bola mata ikan tuna yang masih mentah atau yang sudah diproses dihidangkan sebagai makanan ringan atau pembuka selera. Ia dipercayai boleh menambah stamina kepada tubuh badan.


Kali terakhir dikemaskini: 10 Mac 2012. Disebabkan sambutan yang agak baik, aku sudah kemaskini beberapa maklumat dan ayat dalam entri ini. Terima kasih kepada mereka yang ada memberi maklum balas dan teguran berkenaan maklumat di atas.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP