AMANAH, SILA SEBARKAN

>> 10 Disember 2010

aku ada dapat satu email ni. nama title entri ni pun sama macam title email yang aku dapat. so, may be korang pun dah dapat. just for reminder untuk semua yang beragama Islam. alang-alang dah ada blog, masuk blog terus la. siapa yang prihatin jemput la baca sikit-sikit. tengok gambar pun jadi dah...cuma bukan semua gambar ada description. may be boleh menjadi persoalan. aku try describe yang mana aku faham. yang lain tu korang faham-faham sendiri la...




masuk dulu bab kasut. semua pun tau kulit menatang tu boleh wat kasut. berhati-hatilah semasa memilih kasut. cantik dan selesa tak semestinya halal... :)


AWAS!!! gula-gula ni ada dijual di 7-Eleven




Jangan Minum AIR KICKAPOO

Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni,

(dua-dua link ni tak boleh pakai. aku test dah. sekadar pencukup rasa untuk entri ni je la. try la google sendiri. ada la nanti kot.)

Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya...


Jolly Shandy : Arak Alaf Baru Yang Mengelirukan

PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE.Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah-olah sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "contains alcohol" hanya ditulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.


KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca–Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.

Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca–Cola, minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli "air makhluk asing". Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.

Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air Coca-Cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang.

PPIM juga was-was dengan status halal minuman Coca-Cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.

PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca–Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.

Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.

Sokonglah produk keluaran Islam.

Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL

1. Shampoo dan facial DOVE
2. Pringles potato chips
3. Lychee NARCISSU

KESEMUA YANG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

*Di atas adalah barang-barang keluaran Narcissus.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include:

· Canned Meat
· Canned Seafood
· Canned Fruits
· Canned Vegetables
· Seasonings

RENNET [KHINZIR]


KERATAN-KERATAN AKHBAR YANG MELAPORKAN... YANG PASTI MELOYAKAN TEKAK ANDA

AYAM TESCO Tak Halal 
PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 20 FEBRUARI 2008









"...adalah tidak mustahil seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun kalau dihitung mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!!!"

"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI. SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI, APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA...ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."

"...masih lagi dok fikir??? sampai bila nak fikir???"

"...marilah bersama-sama kami...kita sama-sama berjemaah mencari, mempromosi & menggunakan produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim demi masa depan anak bangsa kita...MELAYU & ISLAM...INSYAALLAH"


kalau tengok balik, 'amanah' ni dah lama dah kot. kebanyakannya berlaku tahun 2008. sekarang ni dah tahun 2010. tapi aku pun tak berapa perasan sangat action yang diambil oleh pihak berwajib seperti yang dinyatakan. still sampai sekarang ada isu macam ni lagi rasa. memang tabiat orang mesia ni dah kot...

3 komen:

zazaw 10:52 PTG, Disember 10, 2010  

serius kikapoo ??
lepas nih
tak leh dah minum kikapoooo
cehh
terpedaya upenyer akuu

Tanpa Nama,  11:41 PTG, Disember 10, 2010  

susahla kalau dah byk benda cmni...jakim plz take some action la...huhu

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP