Tip Untuk Tahan Lama...
>> 25 Disember 2010
Ok, first sekali aku nak ucapkan terima kasih dekat korang semua sebab berminat nak tau tip-tip "tahan lama" nih.
Apa yang ada dalam fikiran aku tentang korang semua yang berminat nak baca tip ni adalah mungkin korang semua tengah "ghairah" atau "gersang" disebabkan beberapa punca.
Puncanya? aku rasa korang mesti tau kot... so, saranan aku adalah lebih baik korang baca tip-tip nih. mungkin berguna dekat korang bila sudah sampai seru...
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010... Wah...tahan sampai 2 tahun kan?
NASI/LAUK
Untuk tahan lebih lama, jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama', bayar le zakat untuk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, haa haa...
PAKAIAN
Nak tahan lama jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat. Elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!! Kalau nak tahan lagi lama, PINJAMLAH BAJU MEMBER...BAJU SENDIRI SIMPAN.
KERETA
Nak tahan lama? Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok-elok... Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk... Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan. Gerenti tahan lama.
KENYANG
Kalau nak tahan lama, sebelum makan baca bismillah dan doa selepas makan lepas habis makan dan ucap alhamdulillah...
UMUR
Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah.
ROKOK
Nak tahan lama? Jangan hisaplah...!!! Letak atas meja dan pandang saja. Tak pun hisap rokok kawan. Rokok sendiri simpan. hehe...
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam? Rajin-rajinlah tidur siang.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan, jujur dan ikhlas je!!!
Tahniah! tahniah! tahniah!
Korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya? :P
Akhir kata, SELAMAT BERTAHAN LAMA!
sumber : TemanHidup@yahoogroups.com
APAN menambah : CIS!!! kalau ada sesiapa cakap dalam hati macam tu rilek r... 1st time baca pun aku kena gak. haha...
0 komen:
Catat Ulasan