Makan Malam

>> 09 May 2011

"Awak nak balik pukul berapa ni? Dah-dah la tu kerja. Balik la awal sikit ye. Saya dah masak untuk awak malam ni. Saya masak masakan kegemaran awak. Cepat balik tau. Nanti boleh makan sama-sama…lagipun, ni kan malam Jumaat."

"Baik Lisa, sikit je lagi ni. Perut pun lapar gak sekarang ni. Awak pun tau kan saya ni draftsman je. Kena la cari duit lebih sikit. Anak-anak dah tidur ke?"

"Dah la awak. Adik asek dok tanya je bila awak nak balik. Ok…saya tunggu awak tau. Assalamualaikum."

"Ok dear…Waalaikummussalam."

Tanpa berlengah, Afhan terus pulang ke rumah. Panggilan isterinya Lisa menyedarkan yang jam telah menunjukkan pukul 10 malam.

*******
Haha…kan bes kalau macam tu. Takde la serabut sangat nak pikir malam-malam nak makan mende pe. Balik kerja je dah ada orang masakkan. Kalau bukan tiap-tiap hari, kadang-kadang pun bes gak. Janji orang tu pandai masak la.

Disebabkan masih bujang, aku selalu makan kat kedai. Sorang-sorang lak tu sebab aku tak banyak membe. Kalau ada pun takkan tiap-tiap hari dorang nak teman aku. Kadang-kadang tu boleh diterima pakai gak. Nanti tak pasal-pasal orang cop aku 'APAN yang memualkan'. Selalu sangat nak bermanja.

Disebabkan selalu makan kat kedai, aku dah jadi bosan nak makan. Tak tau nak order pe. Hari-hari dok rotate menu sama je. Aku cuba mempelbagaikan destinasi makan malam aku tapi lebih kurang gak hasilnya. Kalau nak try kedai yang aku tak pernah gi takut gak nanti. Mana tau tak kena selera sebab dulu-dulu aku pernah kena gitu.

Harapnya Lisa tu betul-betul wujud la di masa hadapan. Makan nasi koboi hari-hari ngan Lisa pun tak pe kot. Huhu…

Tak kisah la macam mana rupa Lisa tu. Kalau macam ni je pun, aku terima je. huhu...
Sekarang ni pun baru balik makan malam tapi makan malam hari ni pakej untuk satu hari sebab siang tadi aku tidur je. Balas dendam sebab kena kerja semalam. Satay jawa malam ni tak menjadi. Hampa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP