Tiada Kata Secantik Bahasa

>> 24 May 2011

aku selalu kongsi lagu yang aku suka dengar dalam blog ni. pernah dengar lagu Tiada Kata Secantik Bahasa? dah lama gak naik kot. aku kenal lagu ni pun sebab Monoloque. untuk lagu ni aku nak kasi panjang sikit sebab banyak mende yang aku baru tau and jumpa. huhu...


lagu ni adalah nyanyian asal daripada P Ramlee di dalam filem Anakku Sazali. sebelum ni aku memang tak pernah tau pun P Ramlee ada nyanyi lagu ni. rasanya memang pernah layan Anakku Sazali tapi tak ingat sebab time tu aku kanak-kanak lagi...


disebabkan laptop aku yang agak baru, aku mencari lagu untuk disimpan di dalam hardisk laptop ni. masa copy lagu dari membe terjumpa lagu ni tapi kali ni nyanyian Jamal Abdillah. kira lagu cover la ni. first time dengar, tersengih gak aku. selama aku layan lagu Jamal sebelum ni, tak pernah lagi dengar dia nyanyi lagu ni. huhu...


dan, mereka ni lah yang membuatkan aku tau tentang lagu ni. kalau tak memang tak tau lansung kewujudan lagu ni. Monoloque nyanyi lagu ni untuk album Tribute Tan Sri P Ramlee (Satu Indiepretasi) bersama ngan ramai lagi band indie lain. bila dah diberi nafas baru macam ni baru aku boleh layan. huhu...


tidak ketinggalan kepada seorang lagi uncle ni. dia ni omputeh tapi dia pun nak nyanyi lagu ni. aku cuba selidik sikit pasal dia ni. dia memang banyak upload video dia kat youtube. banyak lagi video dia bersama ngan gitarnya. satu pujian sebab boleh nyanyi lagu melayu. kalau nak tau lebih lanjut pasal dia ni, boleh pergi kat website dia kat SINI!

kalau nak download mp3 lagu ni, klik link kat bawah:

Lirik : Monoloque - Tiada Kata Secantik Bahasa

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjukkan perasaan

Oh dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Mmmm mmmm

Dinda puspa gemala
Mustika kanda

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Untuk ku puji adinda

Oh dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Mmm Mmm

Dinda puspa gemala
Mustika kanda

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Untuk ku puji adinda

APAN dapat lirik kat SINI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP