Ada Apa Dengan OMG!

>> 11 August 2011

OMG! dah jadi macam trend bagi sesetengah golongan dah sekarang. mereka memilih menyebut ungkapan ni mungkin kerana lebih menampakkan ke-stylo-an dan ke-urban-an. tambah lak dalam siri maharaja lawak baru ni yang menjadi macam trade mark si shuib sepah tu dah...



disebabkan imej yang kurang jelas, aku cuba cari info ini daripada sumber lain. hasil carian menemukan aku dengan seorang tuan blog yang mungkin menaip balik ayat-ayat dalam tu. diharapkan tiada makian daripada beliau atas tindakan 'copy and paste' aku ni. untuk membuat rujukan di blog tersebut, bolehlah klik SINI!
Seorang Muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah s.w.t., berfirman "Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang." Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah ya Allah kerana maksudnya berbeza dengan oh my god.
jadi, apa pandangan korang lak? ada info lain pasal ni?

APAN menambah : info di dalam entri ni mempunyai unsur keagamaan kepada pembaca. jika terdapat kesilapan hukum atau maklumat harap boleh dikongsikan untuk manfaat bersama. selamat beramal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP