Real Steel : Best Untuk Ditonton

>> 15 Oktober 2011

Real Steel, salah satu filem yang sedang ditayangkan kat panggung sekarang ni. kalau korang nak baca sinopsis citer ni boleh baca kat mynewshub.my. klik je link tu. dan aku pun dah tengok citer ni bersama dengan beberapa lagi membe office aku. bagi aku, memang best layan citer ni...


citer yang memakan masa tayangan selama lebih kurang 2 jam ni banyak diselitkan dengan jenaka daripada pelakon utama, Hugh Jackman dan seorang pelakon budak, Dakota Goyo. jenaka dia tak de berat sangat cuma berterusan. part sedih pun sempat lagi boleh buat lawak. dan ramai rasanya yang puas hati dengan lakonan Dakota Goyo tuh. haha...

antara barisan robot yang berkhidmat dalam filem ni. Ambush, Noisy Boy dan Atom.
scene semasa Atom berlawan dengan Zeus.
dipetik daripada entri di dalam mynewshub.my;
Menurut pengkritik, apa yang menarik mengenai filem ini adalah saat-saat emosi yang merapatkan kembali hubungan antara seorang bapa dan anaknya. anak ngan ayah sama je. haha...
kesimpulannya, memang best kalau nak layan cerita ni! dan aku dengar link untuk download free pun dah ada. cepat betul...mungkin sebab tanyangan kat Malaysia lambat kot...pilih la yang mana satu. pilihan di tangan anda. kalau tak tengok pun bagus gak. bukan elok sangat tengok wayang. huhu...

APAN menambah : harap Manchester United dapat mengalahkan Liverpool malam ni. aku tak sempat tengok kot. kena menghadiri program lain. parok la kalau kalah nanti...tak pasal-pasal kena nganjing ngan YUA.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP