Terapi Di Atas Landasan Keretapi
>> 16 Oktober 2011
Di Indonesia, telah ditemui satu cara rawatan baru untuk menyembuhkan diri daripada pelbagai penyakit. Penduduk datang ke stesen keretapi setiap hari untuk 'bersantai' di atas landasan.
Amalan ini sudah diamalkan hampir satu setengah tahun. Penduduk sebuah bandar kecil di Indonesia datang berbaring di atas landasan keretapi di Stesen Rava Boillat. Mereka percaya terdapat arus elektrik yang mengalir di sepanjang landasan keretapi dan boleh membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Dipercayai, terapi ini boleh menyembuhkan kencing manis, gout, penyakit sendi, darah tinggi, dan obesiti. Dan hanya di Stesen Rawa Boillat sahaja boleh dijumpai amalan terapi ini.
Pihak berkuasa sudah memasang papan tanda amaran di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan amalan terapi ini. Namun, papan tanda tersebut tidak diendahkan oleh penduduk yang datang.
macam-macam. nak sihat punya pasal sanggup bertenggek atas landasan keretapi. bro yastro pun pernah buat entri macam ni. aku kasi tambah je...
0 komen:
Catat Ulasan