Apa Perasaan Korang?
>> 10 Oktober 2011
korang ada seorang housemate. tapi korang jarang makan sekali. tiba-tiba malam ni bakal menjadi malam kedua korang makan sekali. apa perasaan korang?
korang pun order apa yang korang nak makan. sementara menunggu order sampai, housemate korang nak buat panggilan telefon dan berlalu pergi ke tempat yang lebih privacy. order pun sampai tapi housemate korang masih bercakap dalam telefon. apa perasaan korang?
disebabkan agak lama menanti, korang pun makan dulu sementara housemate korang dengan panggilan beliau. sampai korang habiskan makan malam korang pun housemate korang masih bercakap dalam telefon? apa perasaan korang?
korang pun capai surat khabar untuk dibaca sementara menunggu housemate korang. habis satu surat khabar tu korang dah cuba baca selambat mungkin supaya tak habis, tapi housemate korang masih belum datang untuk menjamah makan malam dan masih bercakap dalam telefon. apa perasaan korang?
disebabkan jarak rumah dengan kedai tidak terlalu jauh, korang mengambil keputusan untuk pulang berjalan kaki kerana korang sakit perut. korang pun memaklumkan niat korang nak pulang ke rumah dulu kepada housemate yang masih bercakap dalam telefon. apa perasaan korang?
dalam perjalan pulang ke rumah, korang membuat panggilan telefon kepada seorang kenalan. mengikut teori korang ketika itu, berjalan kaki sambil bercakap dalam telefon mungkin dapat memendekkan perjalanan. memang pendek kerana selang lagi dua biji rumah korang akan sampai. apa perasaan korang?
tiba-tiba korang perasan yang korang tak bawa pun kunci rumah disebabkan korang tumpang kereta housemate tadi. panggilan telefon dengan kenalan masih diteruskan dan korang memberitahu segala yang berlaku kepada kenalan korang. dan kenalan korang memberikan sokongan di atas segala tindakan yang akan korang ambil. mengejutkan kerana korang mengambil keputusan untuk berjalan kaki balik ke kedai yang korang tinggalkan tadi. apa perasaan korang?
langkah perjalanan menuju ke kedai semakin laju. korang lihat housemate korang sudah duduk di meja yang korang makan tadi. niat korang untuk pinjam dulu kunci housemate korang tapi beliau masih bercakap dalam telefon. apa perasaan korang?
akhirnya, korang dapat kunci rumah yang bergitu berharga pada waktu tersebut. sekali lagi korang berjalan kaki pulang ke rumah dan korang dapat melangsaikan hajat yang tertunggak tadi dengan jayanya. apa perasaan korang?
0 komen:
Catat Ulasan