Review Warm Bodies: Kisah Cinta Zombie

>> 14 March 2013

Filem Warm Bodies mengisahkan hubungan cinta antara manusia dan zombie. R (Nicholas Hoult), zombie yang tak sangat berperilaku seperti zombie lain bertemu Julie (Teresa Palmer), dan menyelamatkannya daripada menjadi hidangan dalam suatu serangan zombie ke atas pasukan Julie. Ketidaknormalan R sebagai zombie disedari Julie seterusnya menjadikan hubungan mereka semakin istimewa. Dalam perjuangan untuk terus hidup, R semakin berubah sebagai seorang manusia dan hubungannya dengan Julie menjadi titik mula untuk mengubah zombie lain dan dunia.

KONGSA KONGSI

"Bolehlah" kalau nak layan sebab filem ini agak berbeza dengan filem zombie yang lain. Walaupun cerita zombie, elemen kejutan atau seram tak banyak - takde langsung kalau tak silap aku. Lebih kepada jiwang, sesuai dengan jalan ceritanya iaitu hubungan lelaki dan perempuan.

Aksi-aksi zombie membunuh atau dibunuh dalam filem tak banyak. Memang ada tapi tidak ditunjukkan seperti dalam filem zombie yang lain. Jalan cerita yang menarik mungkin boleh dikatakan kekuatan cerita ni. Apa lagi yang lain mengenai zombie dalam cerita ini ialah kerjasama mereka bersama manusia untuk menewaskan satu lagi pihak yang betul-betul jahat.

Kalau tak pernah tengok zombie kacak dan cool, dalam cerita ini boleh tengok. Bukan setakat pandai berkata-kata, memandu BMW pun dia boleh. Takde la bosan sangat biarpun aku tengok sorang-sorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP