Tentang

TENTANG AKU

Boleh panggil aku APAN. Sudah bekerja selepas menamatkan pengajian diploma di sebuah kolej tempatan. Menyewa rumah di Kuantan dan seorang draughtsman di sebuah syarikat perunding. Tidak terlalu ramah namun sombong bukan pilihan. Agak cerewet dalam membuat pilihan. Selamat berkenalan!

Lihat profil Blogger aku kat SINI!

*******

TENTANG BLOG

Ini adalah sebuah blog peribadi yang mula dibangunkan pada awal 2010. Walaupun dicop oleh aku sendiri sebagai blog peribadi, berat untuk aku menceritakan segala keperibadian aku. Cerita hidup aku bukan menarik sangat pun. Jadi, aku juga cenderung untuk berkongsi pelbagai informasi menarik dan pelik yang berlaku di dalam dan luar negara termasuk perkongsian berunsur keagamaan, hiburan, sukan dan lain-lain yang diperoleh daripada pelbagai sumber. - AKU SUKA, AKU KONGSI!

*******

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan atau teguran boleh dibuat melalui page blog KONGSA KONGSI di Facebook. Kalau tidak keberatan, sumbangkanlah satu klik untuk 'like' page tersebut. 


Tidak dinafikan, bukan semua orang mempunyai akaun Facebook. Dan jika anda salah seorang daripada orang tersebut, tahniah aku ucapkan.


*******

PENAFIAN

Sebarang ayat berbentuk pendapat adalah bersandarkan pendapat aku ketika entri itu ditulis. Mungkin sesetengah pendapat akan berubah mengikut informasi baru yang aku terima selepas itu.

Entri berunsur informasi yang dikongsi diperoleh daripada sumber-sumber tertentu. Kebanyakanya daripada Yahoo! Groups dan blog-blog lain. Sebolehnya, aku akan cuba untuk masukkan link sumber asal informasi yang aku kongsikan. 

Sebarang gambar yang tidak dinyatakan sumbernya diperoleh daripada carian internet. Aku juga ada menambah nama blog atau url blog di atas gambar-gambar tertentu untuk menyatakan gambar-gambar tersebut telah dikongsi di dalam blog ini.




Sesetengah info pada asalnya dalam bahasa Inggeris. Banyak ayat telah diolah semula ke bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman pembaca dan meningkatkan kadar pembacaan. Lagi pun, penulisan aku dalam bahasa asing tidak berapa meyakinkan.

Terdapat info yang dikongsi di dalam blog ini mempunyai unsur keagamaan kepada pembaca. Jika terdapat kesilapan hukum atau maklumat, harap boleh dikongsikan untuk manfaat bersama.

*******

INGIN KONGSI INFORMASI MENARIK?

Aku mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai keinginan untuk berkongsi informasi yang menarik di sini. Hantarkan penulisan atau sumber anda melalui kaedah seperti di dalam ruangan 'HUBUNGI' di atas.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP