XPDC Di Bukit Bintang

>> 06 Julai 2010

hari ni aku terlibat dengan satu xpdc menjejak satu destinasi di kawasan bukit bintang. sudah lama aku tidak meneroka kawasan ni. tanpa bertemankan kawan-kawan, aku menapakkan diri aku dengan membawa satu misi. misi pe? aku je la yang tau...

aku menapak selepas menggunakan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam. agak penat gak sebab perlu memikul bekalan-bekalan yang diperlukan sepanjang xpdc ni. ditambah lak percaturan yang diambil untuk sampai ke destinasi sedikit terpesong seperti yang sepatutnya. penat weh...namun, azam yang kuat di dalam diri mendorong aku untuk terus gigih sebelum sampai ke destinasi. 

aku tidak terlepas menyertai mereka yang lain untuk meredah lalu lintas. tapi bukan redah bodoh gitu je. pandang kiri kanan gak la. kalau tak, kenduri tiga malam la nampaknya. tidak ketinggalan ialah warga asing lain yang bercuti di malaysia dan menjadikan kawasan bukit bintang sebagai tempat persinggahan mereka.

story-nya di sini pasal melintas jalan. semasa di sana aku perasaan ada dua orang omputeh ni. mereka pun nak cross the road gak tapi mereka berada kat arah seberang. aku bersama mereka yang lain menunggu lampu hijau pejalan kaki. tapi bila dah lama sangat tunggu pun payah gak. alternatif yang diambil ialah menunggu kenderaan lengang sikit dan mari kita melintas...

lebih kurang macam tu la...90% yang melintas time tu warga malaysia yang tak sabar menunggu lampu hijau pejalan kaki. dan apa yang aku ingat time ni ialah pasal dua orang omputeh yang berdiri seberang jalan nun. mereka still tak melintas lagi time tu dan senyum-senyum lagi bila tengok orang lain slumber je lintas jalan while lampu still merah lagi ma...

hmmm...bukan pe. kasi respek la sama mereka punya attitude macam tu. tak ikut orang. aku ni lak termasuk dalam 90% tu sebab aku rakyat malaysia. kalau aku tak lintas time tu jadi omputeh tu lak. haha...

1 komen:

rhapsody LiN 12:01 PG, Julai 07, 2010  

huhu.. bila ku nak merasa mcm ni...
hm......

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP