Jahit Muka Anjing Ke Muka Sendiri

>> 31 Januari 2011


Pemuda ini sanggup menjahit muka anjing pada wajahnya kerana inginkan kelainan. Jom kita tengok proses membuatnya.

Kawen Kat Chini

>> 30 Januari 2011

erm... selepas dipertanggungjawabkan oleh membe-membe untuk menjadi penunjuk jalan, aku dengan rela hati mempersudikan diri untuk mengikut mereka. ke mana? chini... my kampung.

biarpun aku memang asal chini, tapi pelan lokasi dalam kad jemputan tetap memainkan peranan penting. dok chini bukan kenal orang pun. huhu...

time sampai pasangan pengantin sedang menikmati santapan. difahamkan, pasangan pengantin merupakan membe sekelas kepada membe-membe aku ni. yang berbaju merah dan hijau.

Satay Jawa

>> 29 Januari 2011

erm...gambar berikut menunjukkan gambar satay jawa yang telah dibeli semalam. niat awalnya nak makan kat kedai. tapi disebabkan masalah komunikasi, tiba-tiba sampai atas meja dalam plastik lak. huhu...

harga secucuk 50 sen. aku order rm30. dapat la 60 cucuk kalau dikira balik. niat untuk makan 5 orang dengan membe-membe office aku. tunggu punya tunggu dekat 2 jam kat kedai, mereka still tak sampai. memikir gak dalam kepala nak habiskan semua satay ni. tak termasuk nasi impit lagi tuh...

disebabkan terlalu lama menunggu, aku decide untuk makan satay ni kat tempat lain. dah panas punggung dah duduk lama-lama kat kedai tu. membe-membe tak sampai gak. baik betul mereka...


Tidak Boleh Memberi Nama Syamsuddin?

>> 28 Januari 2011

Assalamua'laikum,

Saya terbaca artikel di SINI dan SINI

Soalan saya, benarkah tidak dibenarkan untuk memberi nama yang disandarkan kepada Din atau Islam seperti "Syamsuddin", "Nashiruddin", "Saiful Islam" dan sebagainya? Bukankah nama itu sebagai suatu doa?

Sekian, terima kasih atas pencerahannya.
Jazaakumullahukhaer.

Jawapan :

Waalaikumussalam,

Benarlah apa yang dituliskan di dalam kedua-dua artikel di atas. Salah satu nama yang di-MAKRUH-kan pengunaannya ialah apa-apa nama yang diberi penambahan al-Din (al-Deen) atau al-Islam. Contohnya seperti nama Shamsuddin (Matahari Agama), Nurruddin (Cahaya Agama), Nur al-Islam (Cahaya Islam), etc.

Nama-nama ini dimakruhkan oleh ulama-ulama salaf sepertimana kata Imam al-Tabari (yang dipetik oleh Fathul Baari) :-

LELAGU : Yuna - Gadis Semasa

>> 24 Januari 2011


LIRIK : Yuna - Gadis Semasa

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus:

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu

Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang Korus 2x

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

Nasib Baik Tapi Hampa

>> 23 Januari 2011

erm... walaupun hari ni hari ahad, apan dengan penuh komitmen tetap gi office. hal ini didorong oleh tabiat bangun awal yang dihadapinya ketika ini. haha...

walaupun tido lambat malam tadi, dapat gak bangun awal. kalau dok kat rumah kompem bosan sebab aku akan keseorangan. lonely ma. so, amek keputusan untuk cari income lebih sikit. double ma hari ahad...

tapi sampai kat office tengahari gak disebabkan perlu menyelesaikan perkara-perkara rutin yang dilakukan setiap hari ahad. basuh baju and kemas bilik...

dalam 5 jam kat office, semangat da makin pudar untuk bekerja. aku amek keputusan untuk balik tido. shut down pc and kemas-kemas meja sikit. pastu perasan something hilang. kunci motor aku tiada kat tempat biasa aku letak. sudah...

cek-cek, kat dalam raga motor terus aku tinggal. memang pemurah la kalau ada orang nak buat kianat. mungkin orang tak bernafsu kat motor buruk aku kot. walaupun buruk, motor tu la nadi untuk aku cari makan sampai sekarang...

nasib baik...

sebelum balik singgah mall dulu. niat nak cek claim yang aku wat sebelum ni. biasanya dah masuk akaun sebab email haritu bagitau 'paid'. memang ringan tangan nak beli perkakasan baru ni kalau masuk...

cek-cek, claim aku tak masuk lagi ma. balik la aku ke rumah lepas perasaan kat sini...

hampa...

Mengapa Doktor Bedah Guna Baju Hijau?

>> 22 Januari 2011

Dalam bilik bedah sering kali kelihatan doktor memakai baju bewarna hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai baju bewarna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.

Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih kepada warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.


Aurat-aurat Yang Dimaafkan?

>> 21 Januari 2011

Salam 1Malaysia,

Kepada Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri, Menteri Agama, Mufti-mufti dan ulama muda tarbus, ingin saya bertanya sebuah persoalan bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang serba-serbinya lemah ini.

Soalannya berbunyi - Adakah etika pemakaian seperti di bawah boleh dimaafkan?

Ini bersukan, boleh dimaafkan...?

Seludup Dadah Dalam Badan

>> 19 Januari 2011

Okeh...Ini bukan keldai berkaki empat yang macam kuda tu. Ini keldai berkaki dua yang seludup dadah. Sampai sekarang pun tak pupus lagi spesies ni. Nak senang citer, takkan mati dadah di dunia! Macam-macam skill digunakan oleh keldai berkaki dua ni untuk lepas daripada pemeriksaan pihak berkuasa. Sampaikan ada yang sanggup seludup dadah dalam badan...


Bila dengar je seludup dadah dalam badan, aku tak berapa boleh imagine lagi macam manalah skill ni. Celah mana mereka simpan dadah tu kan. Bila dah tengok gambar-gambar ni baru aku tahu skill ni memerlukan seekor keldai yang berani mati. Gambar-gambar berikutnya menceritakan segalanya...

Rasanya mamat ni mati pun sebab sorok dadah dalam badan dia kot. Pastu boleh kantoi lak. Untuk maklumat lanjut sila gunakan carian google anda...

AMARAN AWAL: KALAU ADA ALAHAN TENGOK GAMBAR BEDAH-BEDAH, DINASIHATKAN JANGAN TENGOK!

Ubah Read More Link Kepada Read More Button

>> 16 Januari 2011

erm...kadang-kadang aku punya entri panjang. tambah lak entri tu penuh dengan gambar. semua pun tau untuk mengatasi masalah tu, kita insert jump break time compose entri baru. kalau yang tak pernah guna jump break ni boleh tengok dalam gambar kat bawah. mende yang dalam bulatan tu...


Gambar-gambar Artis Barat Repair Hidung

>> 15 Januari 2011

Paris Hilton 

Anda Pasti Anda Belum Bertunang?

>> 13 Januari 2011

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

LELAGU : Alkaline Trio - This Addiction

>> 12 Januari 2011


LIRIK : Alkaline Trio - This Addiction

you hit me just like heroin
i feel you coursing through my veins
i once tried to kick this addiction
i swear ill never kick again
wont ever kick again, no


this addiction, cant seem to live without you
this addiction, no going clean
this addiction, i go through withdrawal without your...
sick with this addiction in me


well those others were like methadone
i took to get me through the day
now i’m trying to find my way back home
staying clean along the way
hold out for the real thing, yeah


this addiction, cant seem to live without you
this addiction, now going clean
this addiction, i go through withdrawal without your...
sick with this addiction in me


this addiction (x3)
i go off the rails without your...
sick with this addiction in me

Jiranku Pencuri

>> 09 Januari 2011

erm...penat tak hilang lagi ni. baru sampai rumah sewa dari kampung. dengan cuaca yang tak berapa nak baik semasa penunggangan motosikal tadi. lencun gak sebahagian tubuhku. haha...macam mana sekali pun kudrat untuk update blog ni masih ada lagi ma...

ada satu story ni. semalam aku balik kampung sebab da lama tak balik. dekat sebulan gak la. selalunya dua minggu sekali mesti balik ma...time aku balik tu suasana sama je. still tak de bangunan or kondo 15 tingkat kat kampung aku. kelibat lampu isyarat pun belum kelihatan. untuk pengetahuan kampung aku kat felda...a.k.a. lembaga kemajuan tanah persekutuan. betul la tu kot...

Lawak KONTOT-KONTOT

>> 08 Januari 2011



15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

>> 06 Januari 2011

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
  1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
  2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. zakat dijadikan hutang
  4. suami memperturutkan kehendak isteri
  5. anak derhaka terhadap ibunya;
  6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
  7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
  10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. para artis-artis disanjung-sanjung
  14. muzik banyak dimainkan
  15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Kitab rujukan: 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Semangat Keje

>> 04 Januari 2011

erm... pernah dulu time praktikal, aku kena buat keje-keje yang tak de kaitan ngan bidang aku. keje cikai-cikai. naik bosan pun ada sebab boleh katakan tiap-tiap hari aku buat keje tu. camdoh je rasa bila amek diploma tapi buat keje cam siot. bukan nak bangga ngan diploma aku, cuma feel tak bes je ma...

tapi naseb baik ade sorang membe ni cakap kat aku time tu. keje macam mana pun kalau kita ikhlas buat da dapat pahala. tambah lak keje tu da jadi ibadah dah. tu pun kalau niat betul la...

bila dia cakap macam tu, baru semangat aku datang balik. ye la... daripada aku buat keje tak dapat pape (elaun kompem dapat time praktikal) baik aku try cari pahala. sampai habis praktikal aku dok amal mende tu dan lapang je kepala rasa. haha...

sekarang ni lak dah keje. situasi yang sama datang lagi. tapi bukan wat keje cikai-cikai dah la. cuma suka or tak suka je. keje yang aku tengah buat sekarang ni memang bukan kegemaran aku la. orang lain kat office pun ramai tak suka gak kot. tapi bila aku praktik mende sama time aku praktikal dulu, rasa bes lak wat mende ni...

sampai rasa tak sabar nak gi kerja esok. pastu wat OT sikit-sikit. masuk gaji nanti boleh shopping sikit-sikit. bagi mak sikit-sikit. simpan sikit-sikit sebelum sakit...

yang penting enjoy je la time wat keje. tu yang aku tengah cuba... :)

How Fast Are You?

>> 02 Januari 2011



  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP