Jiranku Pencuri
>> 09 Januari 2011
erm...penat tak hilang lagi ni. baru sampai rumah sewa dari kampung. dengan cuaca yang tak berapa nak baik semasa penunggangan motosikal tadi. lencun gak sebahagian tubuhku. haha...macam mana sekali pun kudrat untuk update blog ni masih ada lagi ma...
ada satu story ni. semalam aku balik kampung sebab da lama tak balik. dekat sebulan gak la. selalunya dua minggu sekali mesti balik ma...time aku balik tu suasana sama je. still tak de bangunan or kondo 15 tingkat kat kampung aku. kelibat lampu isyarat pun belum kelihatan. untuk pengetahuan kampung aku kat felda...a.k.a. lembaga kemajuan tanah persekutuan. betul la tu kot...
tapi ada satu perubahan ni. lepas sejam aku sampai mak aku suruh aku tengok kat rumah jiran aku. dia cakap polis tengah kepung rumah tu sebab nak tangkap sorang suspek. nak senang citer jiran aku and kawan aku time main polis tantri dulu-dulu...
abang aku cakap nasib baik polis tangkap dulu. kalau orang lain tangkap dulu parah gak dia kena nanti sebab polis sendiri dah bagi lesen. sebelum ni dia memang tak balik rumah. dan-dan time aku balik kampung dia pun balik gak. salah sorang yang inform kat polis pun abang aku sendiri...
aku pun macam tak percaya je la. sebagai anak yang mengikut arahan bondanya, aku pun tengok la. skodeng-skodeng kat tingkap je. nanti kalau sampai keluar rumah nampak macam penyibuk sangat lak...
mak aku cakap jiran aku tu dah lama wanted ngan polis kat kampung aku. kes pe? pecah rumah...yang baru ni dia masuk rumah orang amek barang ngan duit dekat rm5000. rumah jiran lain pun dia pernah masuk. kebas dalam rm7000. ye la...orang felda. bukan menyimpan kat bank sangat sebab bank kat bandar. nak senang simpan kat rumah je la...
abang aku cakap rumah aku pun dia pernah masuk. tapi dia masuk area bengkel belakang rumah aku je. tempat abang aku buat batik. banyak gak barang hilang. salah satunya batang mancing abang aku. bukan sebatang, banyak kot...
bila tengok dia kena gari depan mak ayah dia cam kesian pun ada. dah la tak pakai baju time tu. nasib baik time nak angkut pergi balai, polis bagi pakai baju dulu...
abang aku cakap nasib baik polis tangkap dulu. kalau orang lain tangkap dulu parah gak dia kena nanti sebab polis sendiri dah bagi lesen. sebelum ni dia memang tak balik rumah. dan-dan time aku balik kampung dia pun balik gak. salah sorang yang inform kat polis pun abang aku sendiri...
moralnya di sini, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. kan parah tu. semoga menuju ke jalan yang lurus! haha...
0 komen:
Catat Ulasan