Tidak Boleh Memberi Nama Syamsuddin?

>> 28 Januari 2011

Assalamua'laikum,

Saya terbaca artikel di SINI dan SINI

Soalan saya, benarkah tidak dibenarkan untuk memberi nama yang disandarkan kepada Din atau Islam seperti "Syamsuddin", "Nashiruddin", "Saiful Islam" dan sebagainya? Bukankah nama itu sebagai suatu doa?

Sekian, terima kasih atas pencerahannya.
Jazaakumullahukhaer.

Jawapan :

Waalaikumussalam,

Benarlah apa yang dituliskan di dalam kedua-dua artikel di atas. Salah satu nama yang di-MAKRUH-kan pengunaannya ialah apa-apa nama yang diberi penambahan al-Din (al-Deen) atau al-Islam. Contohnya seperti nama Shamsuddin (Matahari Agama), Nurruddin (Cahaya Agama), Nur al-Islam (Cahaya Islam), etc.

Nama-nama ini dimakruhkan oleh ulama-ulama salaf sepertimana kata Imam al-Tabari (yang dipetik oleh Fathul Baari) :-

Tidak boleh menamakan dengan nama yang buruk, atau nama yang memuji seseorang, atau nama yang mempunyai maksud menghina, walaupun nama tersebut hanyalah sebagai tanda kepada seseorang, dan tidak bermaksud sifat sebenarnya. Sebab mengapa nama tersebut makruh atau tidak disukai adalah kerana apabila seseorang mendengar nama tersebut, dia ingat bahawa ia menjelaskan nama seseorang. Maka Nabi s.a.w. menukar nama kepada sesuatu, jika seseorang itu dipanggil dengan nama tersebut, maka adalah [gambaran] sebenarnya.

Larangan al-Din sebagai penambahan di dalam nama seseorang oleh ulama salaf disebabkan :-
  1. Nama ini diberi kepada seseorang lebih dari apa yang dia layak. Maknanya, tidak mungkin seseorang itu boleh digelar dia adalah "Matahari Agama" atau Shamsuddin. Nama-nama ini menurut ulama ialah terlalu optimistik.
  2. Pujian (nama tersebut) atau Tazkiyah adalah terlalu tinggi untuk makhluk yang bernama manusia.
Ulama seperti Imam al-Nawawi tidak menyukai nama gelarannya (laqob) Muhyiddin atau "Menghidupkan Agama", termasuklah Ibn Taimiyyah yang tidak menyukai laqobnya Taqiy al-Din. WA.

Sekian, wassalam.

Panduan memberi nama anak, Blog : Ustaz Abu Umair

Sumber: al-ahkam.net

Kali terakhir dikemaskini: 15 Mac 2012. Boleh rujuk link asal untuk rujukan. Sebarang teguran dan info tambahan amatlah digalakkan.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP