Kuantan Terbako

>> 27 Februari 2011

erm...aku gerak gi office dalam pukul 11 pagi tadi dari rumah. sebab aku sewa kat tengah bandar kuantan ni, memang wajib lalu la deretan traffic light kat bandar. memang bosan. tapi hari ni lain sikit. ada yang menarik berlaku. sampai kat traffic light jalan wong ah jang (berdekatan ngan pasaraya cowboy) ada sebuah kereta menjadi perhatian ramai.

time aku lalu situ, kereta tu tengah berasap macam mak aku yang tengah bakar bahulu dulu-dulu. satu kereta tu penuh asap. keadaan time tu pun kelam kabut sebab kat traffic light. semua pakat main hon suruh orang depan jalan. ye ar. takut tiba-tiba kereta tu terbakar or meletup.

aku nak berhenti gak tengok-tengok mana patut. tapi orang lain sorang pun tak gi tolong. pakat tengok belake. aku pun teruskan perjalanan je la. kalau tak, boleh dah snap gambar banyak-banyak time tu. huhu...

time sampai kat office lak, satu lagi mende menarik berlaku. kawasan rimba kat depan bangunan office aku terbakar. aku pun tak perasan bila api start naik. tengok-tengok dah merebak satu area tu. yang ni baru sempat nak snap gambar...


Hukum Menampar Muka

>> 25 Februari 2011

Satu email menarik untuk dikongsi dengan para pembaca. Aku rasa semua orang terutamanya pelajar lelaki pernah makan penampar daripada cikgu atau warden asrama. Memang layak digelar pelajar yang baik kalau ada yang tak pernah merasa. Tapi, pernahkah kita tahu akan hukum perbuatan menampar tersebut? Aku bukan berilmu sangat. Hanya berkongsi apa yang aku baru tahu. Boleh juga baca artikel ini di Love Love Islam. Mungkin dari sini asalnya artikel ini.

Gambar hiasan

Hukum memukul muka adalah HARAM walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan-tujuan yang lain.

Mayat Bayi

>> 23 Februari 2011


THAILAND: Seorang petani bermimpi anak kecilnya yang meninggal 3 hari lalu merayu kepadanya untuk dipindahkan ke tempat lain kerana "penghuni-penghuni" tanah perkuburan sekarang sering mengganggunya. Apabila petani itu bangun pada keesokan harinya, dia menggali pusara anaknya dan terkejut melihat jasad anaknya lebat dengan rambut, tangannya yang berkuku dan bergigi.

LELAGU : Offspring - Come Out and Play

>> 22 Februari 2011



LIRIK : Offspring - Come Out and Play

You gotta keep'm separated

They're like the latest fashion
They're like a spreading disease
The kids are strappin' on their way to the classroom
Getting weapons with the greatest of ease
The gangs stake out campus locale
And if they catch you slippin' then it's all over pal
If one guy's colors and the other's don't mix
They're gonna bash it up
Bash it up x3

Hey, man you talkin' back to me
Take him out

You gotta keep'em separated

Hey, man you disrespecting me
take him out

You gotta keep'em separated

Hey, they don't pay no mind
If you're under 18 you won't be doing any time
Hey, come out and play

Cukai Jalan

>> 20 Februari 2011

erm...hari ni 20 februari 2011. hari yang agak membosankan sebab cuti and duduk sorang-sorang tanpa melakukan aktiviti yang menaikkan semangat. mujo ada laptop dan broadband celcom pakej student ni. hmmm...

pukul 8 malam tadi tengok berita kat tv9. ada berita pasal mat rempit. biasa ar tu. malam minggu kan malam semalam. antara kesalahan biasa road tax tamat tempoh dan tiada lesen...

tiba-tiba teringat pasal road tax aku. gi amek wallet dalam bilik dan terkejut bila tengok kat tarikh tu...

moto buruk je

Moh ber-IntenseDebate

>> 19 Februari 2011

okeh... sekarang ni dah nak masuk 3 bulan aku menggunakan IntenseDebate (ID). sebelum nak pasang mende ni dulu, konfius gak nak pilih salah satu antara ID ngan disqus. yang aku tau, 2 ni la antara sistem komen yang popular. puas aku mencari perbezaan antara 2 ni kat google. dan akhirnya pilihan yang dibuat ialah ID.

Go to IntenseDebate

kenapa aku pilih mende ni? aku rasa ID ni cool sikit dari disqus. nak komen banyak-banyak pasal disqus aku tak tau sebab tak penah guna lagi. dan yang aku pelik kenapa ramai lagi blogger kat luar tu tak nak guna mende ni?

Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

Berapa kali malaikat maut ziarah kita?

Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita = 20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

APAN dapat kat SINI!

Misi Gagal

>> 16 Februari 2011

erm...misi asal aku tak nak bergantung sangat dengan orang lain. sebab bila selalu bergantung sangat ni, harapan aku kat orang tu kompem tinggi je. sampaikan kalau ada pape, tidak boleh kata tidak.

ye ar, daripada makan hati sorang-sorang. orang lain bukan tau pun mende pe aku rasa. banyak kali aku pikir, payah kalau jadi orang yang selalu mengharap. sebab tu aku nak try ubah...

aku cuba menjarakkan antara diri aku ngan orang lain. konon-kononnya boleh  indipenden. ternyata memang boleh...tak susah sangat pun. cuma ada gak mende sengal yang berlaku. argh...biasa ar tu...

walaupun berjaya, aku gagal nak rapatkan balik jarak aku ngan orang lain yang sebelum ni aku cuba jarakkan tu. tabiat aku yang aku ingat tak kekal lama ni memang dah jadi macam tabiat dalam diri aku dah skang. memang tak boleh nak buang dah...

erm...bila pikir balik. aku sebenarnya yang kalah. sampai bila aku nak macam ni. nak tak nak pun, nanti aku kompem perlukan kudrat orang lain gak. tapi memang payah nak patah balik...

mintak maap la. memang bosan dapat kawan macam aku ni...

Rasulullah S.A.W. Contoh Terbaik

>> 15 Februari 2011

sempena sambutan maulidur rasul ni, moh baca antara contoh-contoh terbaik Rasullullah yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita seharian. selamat membaca!
  1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
  2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
  3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

LELAGU : Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet - Kalau Berpacaran

>> 14 Februari 2011


DOWNLOAD di sini!!!

saya bukan peminat ana raffali. minat lagu ni je. sekian!

LIRIK : Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet - Kalau Berpacaran

(Sohaimi Mior Hassan)

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

(Ana Raffali)

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang Korus

(Altimet)

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang Korus 2x

Kisah-kisah Makan Orang

>> 13 Februari 2011

Okeh...jom baca kisah-kisah makan orang ni. Ada 4 kisah semuanya. Aku dah pass sebab berjaya siapkan entri ni. Korang kalau nak pass, baca la sampai habis. Tengok gambar pun jadi dah...tapi nak story dulu la ye. Semua gambar tiada potongan...

Pastu jangan tanya la betul ke tak. Aku pun tak tau. haha...

AMARAN!!!
Berani klik berani tanggung! Semua gambar agak mengerikan kot!

1. Arab Saudi - Budak dirogol dan dimakan dagingnya


Kisah ini dilaporkan berlaku di Arab Saudi. Perogolnya seorang pendatang dari Bangladesh. Menurut cerita, budak ini diculik, dirogol dan dipotong-potong dagingnya sebelum dimasak untuk dimakan.

Oh...Beg Plastik 20 Sen

>> 12 Februari 2011

erm...da lama rasanya tak demam macam sekarang ni. biasanya anti body aku kuat je. dapat membendung gejala penyakit macam ni. start rasa berat kepala hari khamis lagi. sampai hari ni pun tak ok lagi. cecair dalam hidung ni pun asek meleleh je...

semalam (hari jumaat) aku gi amek mc biarpun aku da masuk office dah. tak boleh rasa nak buat kerja. kena baring gak macam mana sekali pun. nasib baik dapat. tapi...aku buat entri ni bukan nak mintak belas kasihan sebab aku demam ma. cuma nak mintak maaf kepada sesiapa yang bw kat blog aku. tak larat ma nak gi jalan-jalan balik. ampunkan saya...

12 Kecederaan Serius Pemain Bola Sepak Sepanjang Zaman

>> 08 Februari 2011

Okeh! Jom tengok beberapa kecederaan serius yang dialami oleh pemain bola sepak. Gambar-gambar dalam entri ini rasanya bukan photoshop. Realiti kot. Bila tengok macam tak caya lak ramai antara mereka yang boleh main bola balik. Tapi ada gak yang bersara terus. Itu pasal aku tak main bola sepak. Tengok orang main je lagi selamat. huhu...(alasan kaki bangku).

1. Eduardo Da Silva
Perlawanan yang berlangsung pada bulan Februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu terjahan kasar daripada pemain pertahanan Birmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri dan buku lalinya cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semula jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.

Islamkah Paris Hilton?...Tidak!

>> 07 Februari 2011

erm... semalam buat blogwalking sikit. pastu ada jumpa satu entri yang macam menarik untuk dibaca. tentu sekali bab gosip artis. kalau bab lain mesti kurang sikit nak baca especially bab agama. teruk-teruk. huhu...

entri tu bertajuk paris hilton peluk islam. betuk ke tipu tipu? aku temui entri ni kat blog yang aku selalu masuk, blog matpek. difahamkan sumber asal entri ni diperolehi kat sini!

gambar dari milosuam.blogspot.com

Sua Suey

>> 06 Februari 2011

erm... baru lepas cuti 5 hari. cuti paling lama dalam kalendar kerja aku setakat ni. time cuti baru ni sempat gak balik kampung. memang sempat pun sebab bahaya kalau tak balik time cuti lama-lama ni. nanti tak pasal-pasal belanjawan aku jadi lain. jadi, dengan balik kampung, banyak duit belanja dapat dijimatkan...

tapi sampai tadi laptop aku tak boleh nak on lak. dekat lenguh dah jari telunjuk aku dok picit butang power tu. tak nak on gak. tension macam ni... nak wat pe kalau laptop tak boleh pakai. time kat kampung baru ni ok je. tak de masalah pun. memang kadang-kadang tu payah nak on tapi selepas mempraktikkan beberapa amalan, ok je ma...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP