Soalan Temuduga Sebelum Nikah

>> 19 Oktober 2012

Melihat suasana tahun ini, semakin ramai orang sekeliling yang telah mendirikan rumah tangga. Bertuah mereka terutama yang merangkap sebagai rakan-rakan sekolah dan sekerja. Tambah-tambah yang seusia dengan aku. Mesti best kan dapat kahwin awal? Hari-hari pun mau...

Aku pernah dengar pasal "inteview" kahwin-kahwin ni. Setakat dengar je la. Belum pernah alami lagi sebab diri ini masih tercari-cari. Daripada sumber Halaqah.Net, ini ada beberapa info yang dimaksudkan. Mereka yang berpengalaman, bolehlah tambah dan kongsikan pengalaman masing-masing. Jangan malu-malu...atau anda tersenarai dalam mereka yang terlepas daripada semua ini?

Ini apa yang telah dikongsikan...

...Selepas siap mengisi borang permohonan nikah, kedua-dua bakal pengantin perlu menghantar sendiri borang permohonan bernikah itu ke pejabat kadi kawasan masing masing. Bila dah complete semua borang tu, then dia akan suruh bakal pengantin masuk berjumpa pegawai bertugas untuk sesi temuduga.

Antara soalan yang mungkin akan ditanya:

Mengucap 2 Kalimah Syahadah

Pegawai tu akan suruh bakal pengantin untuk mengucap dan sebutkan maknanya sekali.

Surah Al-Fatihah

Soalan: Baca surah Al-Fatihah dengan bertajwid.

Soalan: Surah Al-Fatihah ada berapa ayat semuanya?
Jawapan: Semua 7 ayat. Ayat pertama ialah Bismillah Hirrahman Nirahim.

Doa Qunut

Soalan: Sila baca doa Qunut

Soalan: Apakah hukum doa Qunut?
Jawapan: Sunat

Soalan: Jika dalam sembahyang, tiba-tiba kita tertinggal bacaan Qunut, maka perlukah kita buat sujud sahwi?
Jawapan: Sembahyangnya masih sah tetapi kita mengambil pendapat yang afdal bahawa sembahyang adalah perkara yang sangat berat dan penting. Maka janganlah kita memandang remeh sama ada perkara yang wajib mahupun perkara yang sunat yang ada di dalam sembahyang itu. Maka seeloknya buatlah sujud sahwi.

Thaharah (Bersuci)

Soalan: Sebutkan jenis-jenis mandi wajib.
Jawapan:
  • Mandi kerana keluar mani bagi lelaki
  • Mandi kerana bersetubuh
  • Mandi kerana wiladah
  • Mandi kerana nifas
  • Mandi kerana suci dari haid

Munakahat

Soalan: Apakah hukum asal bernikah?
Jawapan: Hukum asal ialah Harus

Soalan: Apakah hukum-hukum lain bernikah?
Jawapan:
  • Wajib - jika seseorang itu takut terjatuh dalam berzina, dan dia juga seorang yang berkemampuan.
  • Sunat - berkemampuan untuk berkahwin, namun masih mampu mengawal nafsu.
  • Haram - tidak berkemampuan dari segi kewangan, berpenyakit mudharat, tidak mampu berhubungan seksual, menyalahi hukum syarak, kahwin kontrak.
  • Makhruh - orang yang tidak mampu dari segi kewangan dan nafsu. Boleh bernikah jika calon isteri rela.
  • Harus - Orang yang berada dalam situasi tengah-tengah iaitu dia boleh memilih untuk segera berkahwin atau melambatkan berkahwin. Tidak ada sebab mendorong dia bersegera atau menegahnya.

Tanggungjawab Suami Dan Isteri

Soalan: Apakah tanggungjawab seorang suami/isteri?
Jawapan: Memberikan didikan agama kepada keluarga, anak dan isteri; memberikan nafkah dan lain-lain.

Ini antara soalan fardhu ain dan kifayah favourite yang biasanya akan ditanya. Janganlah kerana semata-mata nak bernikah baru nak mula betulkan bacaan tajwid la, bukak kitab sekolah agama la. Hakikatnya, mendirikan rumah tangga adalah suatu tanggungjawab yang besar dan tidak boleh seseorang itu melangkah ke alam berkeluarga dalam keadaan jahil.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP