Hukum Sapu Muka Selepas Solat

>> 30 November 2013

Salah satu amalan yang ditentang oleh sekelompok kecil orang yang sebenarnya masih sangat awam dalam ilmu agama adalah masalah mengusap wajah setelah solat. Mereka berpendapat bahawa ini adalah bid'ah kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah melakukannya. Maka dari itu, perkara ini perlulah dijawab secara ilmiah.


Seperti yang telah banyak dibahas, adanya ditinggalkan Nabi Muhammad SAW bukan bererti perkara tersebut adalah bid'ah yang sesat @ haram @ kalau melakukan maka akan masuk neraka.

Maka dalam hal ini, seorang ulama pembenteng Ahli Sunnah wal Jamaah di Indonesia telah menjawab isu ini di dalam kitabnya berjudul al-Hujjaj al-Qath'iyyah fi Shihhah al-Mu'taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66:

10 Gambar Selebriti Hollywood Bersama Toyota Prius

>> 28 November 2013

KONGSA KONGSI

Ini salah satu usaha yang ditonjolkan oleh mereka yang bergelar selebriti popular Hollywood untuk mempromosi amalan bumi hijau. Mereka dirakam menggunakan Toyota Prius iaitu sejenis model kenderaan hybrid keluaran Toyota untuk kegunaan harian. Selain Jepun, Amerika Syarikat merupakan pasaran terbesar untuk model Prius di seluruh dunia.

Bradley Cooper

Apa Itu Selfie? Sampaikan Menjadi Perkataan Terbaik 2013

>> 27 November 2013

Apa itu selfie? Selfie ialah sejenis gambar potret diri sendiri yang diambil menggunakan kamera digital atau kamera telefon, dan biasanya diambil dalam sudut tertentu oleh empunya gambar itu sendiri sebelum ia dimuatnaik ke laman sosial.

KONGSA KONGSI

Perkataan ini telah diumumkan sebagai perkataan terbaik tahun 2013 oleh Oxford English Dictionary dan ia telah dimasukkan ke dalam kamus versi dalam talian mereka. Australia dipilih menjadi asalnya kata nama ini setelah penggunaan terawal perkataan "selfie" dikesan dalam pos forum Australia pada September 2002.

Kepalsuan Festival Rogol Assam Di India

>> 24 November 2013

Assam ialah sebuah negeri yang terletak di timur laut India. Baru-baru ini aku ada terbaca satu sambutan festival pelik yang diadakan di sana. Kisahnya seperti berikut;


Madhuban Ahluwalia yang mengetuai perayaan tahunan berkata kepada pemberita mengapa acara ini adalah amat penting. "Ini adalah satu tradisi lama di Assam sejak beribu-ribu tahun," katanya.

"Kami rogol syaitan jahat daripada gadis-gadis, jika tidak mereka akan menipu kita dan kita akan dipaksa untuk membunuh mereka. Oleh itu, adalah perlu untuk semua orang."

Berwaspada Menunggang Motosikal Ketika Hujan

Kekerapan hujan sekarang ini menandakan musim tengkujuh yang akan kembali. Hujan yang turun tidak menentu semestinya akan membasahi jalan raya dan menyebabkan air bertakung di sesetengah laluan yang selalu kita gunakan untuk kegunaan harian


Kalau tempat air bertakung tu molek jalannya, selamat lagi kita. Kalau kat situ tiba-tiba ada lubang, naya kot. Sedia maklum dengan keadaan jalan di negara kita macam mana. Baru je turap, pastu gi korek balik tanam kabel bagai. Seram rasa kalau kena menunggang motosikal di laluan macam ni.

Hukuman Melanggar Sumpah

>> 23 November 2013

Apakah hukuman melanggar sumpah?

Dalam persoalan ini, anda perlu mengenal pasti adakah sumpah yang anda buat adalah atas nama Allah SWT ataupun sekadar sumpah yang hanya dibuat gurau-gurauan.


Jika sumpah tersebut dibuat atas nama Allah SWT seperti;

"Demi Allah, aku tidak akan pijak lagi rumah engkau ini!"

Ringkasnya, jika sumpah tersebut dibuat dengan nama Allah, sifat-sifatNya yang wajib ataupun dengan keagunganNya, anda adalah berdosa dan perlu membayar kifarah sumpah.

Kifarah sumpah ialah:

Buatan Malaysia: 10 Ragam Orang Kita Dalam Menulis (Bahagian 4)

>> 22 November 2013

KONGSA KONGSI

Ini adalah sambungan daripada 10 Ragam Orang Kita Dalam Menulis (Bahagian 3). Dalam bahagian keempat ini pula, 10 gambar berikut menjadi pilihan untuk dikongsi. Macam-macam perkataan dan ayat baru yang boleh kita jumpa. Ada yang nampak lucu dan ada juga yang nampak pelik. Rujuk atau semak dengan pihak yang lebih arif sebelum memaparkan sebarang ayat untuk pembacaan umum selepas ini. Buat malu je!


Kesan Buruk Mencabut Uban

>> 19 November 2013

Masalah rambut beruban pada usia muda sudah tentu merunsingkan ramai dan seringkali kita berasa curiga akan akibat mencabut uban. Ada yang berpendapat bahawa perbuatan tersebut akan menyebabkan lebih banyak uban tumbuh di rambut.

Namun, sejauh manakah kebenaran bagi anggapan sedemikian? 

Cunnane Phillips, iaitu seorang pakar trikologi di Klinik Philip Kingsley di New York berkongsi pendapat bahawa perbuatan mencabut uban tidak mendatangkan sebarang faedah. Sekiranya dijadikan tabiat, ianya akan mendatangkan kesan yang tidak ideal terhadap folikel rambut. 

Tambahnya lagi, rambut yang dicabut seringkali tidak akan tumbuh semula kerana tabiat sedemikian akhirnya akan memberi sebuah mesej kepada folikel bahawa rambut tidak perlu dihasilkan di kawasan tersebut. 

Sebagai akibat, folikel rambut mengecil dan tidak lagi menghasilkan rambut, lantas membawa kepada masalah kebotakan. 

Oleh itu, jika mengalami masalah rambut beruban, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan pewarna rambut. - Tupai

Aktiviti mencabut uban bukan tabiat aku pada masa lapang. Ada jugalah sikit-sikit atas kepala ni. Buat masa sekarang, tak kisah pun kalau rambut beruban. Teringat dulu, arwah ayah tiri aku selalu upah cabutkan uban dia. Sehelai seposen dia bagi upah kalau tak silap. Tapi aku jarang menawarkan diri masa tu. #nostalgia!

Buat Suami Atau Bakal Suami Yang Disayangi Dan Dicintai

Menurut sumber, petua-petua berikut daripada seorang pakar motivasi terkenal negara. Walaupun aku lelaki dan masih bujang, rasa menarik pula bila baca mende ni - Langkah-langkah Bestari Suami Mithali.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari? 

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 


Kunjungan Mengejut Neymar Terhadap Peminatnya Di Malaysia

>> 16 November 2013

Siri jelajah kelab bola sepak gergasi Sepanyol, Barcelona yang singgah ke Malaysia pada Ogos lepas rupanya ada terselit suatu peristiwa yang amat istimewa. Pemain bintang Barcelona, Neymar telah membuat satu kunjungan mengejut ke rumah salah seorang peminat sewaktu dia dan pasukannya berada di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Impian menjadi kenyataan dan ini dikhususkan kepada Muhammad Syafiq Salmi selepas menerima lawatan mengejut oleh pemain Barcelona, Neymar, di rumahnya di Ampang, Jumaat - Hari Raya kedua.


Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia.

Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos.

Diet Rasulullah SAW

>> 15 November 2013

MOHON BACA DAN SEBARKAN MAKLUMAT INI!

Artikel ini pada mulanya dikongsikan pada 25 November 2011. Sudah hampir 2 tahun usianya dalam blog dan aku rasa banyak orang yang dah baca atau kongsi mende ni. Selepas menerima teguran daripada seorang pembaca dan melakukan sedikit carian di Google dan YouTube, aku andaikan artikel yang sebelumnya megah dikongsikan hanyalah artikel palsu atau hoax.

Diet Rasulullah SAW

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh makan sesuka hati kita sahaja. Inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit antaranya kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah SAW tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda pandai menjaga makannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut atau keracunan makanan.

Jose Mujica - Presiden Termiskin Dunia

>> 13 November 2013

Menjadi individu ternama apatah lagi menjawat jawatan sebagai pemimpin negara akan menyebabkan segala gelagat dan tindak-tanduk akan sentiasa diperhatikan.

Tujuannya, sama ada untuk dijadikan panduan oleh penyokong atau ancaman terhadap penentangnya. Tetapi, Presiden Uruguay, Jose Mujica tampil dengan sisi eksentrik lari daripada kebiasaan presiden lain yang sudah biasa hidup mewah.

KONGSA KONGSI
Beliau pernah menganggotai kumpulan gerila Tupamaros selama 10 tahun.

Mujica dilantik memegang jawatan itu pada 2009 bukan sahaja menjadi sumber inspirasi rakyatnya bahkan masyarakat dunia yang begitu mengaguminya.

Fantasy Premier League 2013/2014 - Liga Blogger Malaya

>> 11 November 2013

Liga Perdana Inggeris 2013/2014 akan memasuki perlawanan untuk minggu ke-12 pada 23 November depan. Berapa dah pungutan mata pasukan masing-masing dalam Fantasy Premier League?

KONGSA KONGSI

Bagi yang mempunyai pasukan dalam Fantasy Premier League, anda semua dijemput untuk menyertai Liga Blogger Malaya. Untuk 2 musim sebelumnya, jumlah penyertaan dalam liga ini agak memberangsangkan. Mungkin disebabkan penglibatan aktif aku dalam blog waktu tu. 

Buatan Malaysia: 10 Gambar Kemalangan Kenderaan (Bahagian 2)

KONGSA KONGSI

Kemalangan ialah bencana yang berlaku tanpa dapat dijangka oleh mangsa. Dalam kemalangan kenderaan, kecuaian pemandu menjadi antara faktor utama. Perkongsian 10 gambar berikut menunjukkan 10 pemandu yang telah tercuai dalam memandu. Tidak dinafikan, 10 kemalangan berikut mungkin juga disebabkan kecuaian pemandu atau pihak lain. Jangan risau, setitik darah pun tiada dalam gambar-gambar ini. Mungkin ada tanda tanya je...

*Ayat-ayat di atas telah disalin daripada Bahagian 1. hehe...

Insiden yang lebih kurang sama seperti dalam entri INI!

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP