Buatan Malaysia: 10 Gambar Kemalangan Kenderaan

>> 21 April 2012


Kemalangan ialah bencana yang berlaku tanpa dapat dijangka oleh mangsa. Dalam kemalangan kenderaan, kecuaian pemandu menjadi antara faktor utama. Perkongsian 10 gambar berikut menunjukkan 10 pemandu yang telah tercuai dalam memandu. Tidak dinafikan, 10 kemalangan berikut mungkin juga disebabkan kecuian pemandu atau pihak lain. Jangan risau, setitik darah pun tiada dalam gambar-gambar ini. Mungkin ada tanda tanya je...

Antara gambar paling mendapat sambutah di page Blog KONGSA KONGSI. Orang Lembah Klang mungkin boleh cam kat mana.

Tengok, mana ada darah pun. Apakah yang cuba dilakukan sebenarnya?

Kalau pembahagi jalan setinggi ini, tak mustahil banyak kereta yang boleh menawannya.

Dan untuk pembahagi jalan setinggi ini, kereta yang lebih berkuasa diperlukan untuk menawannya.

Selain itu, jangan memandang rendah kegagahan pembahagi jalan Malaysia. Boleh kasi tembus lu punya kereta ma. - 2 lagi gambar

Saiz bukan ukuran, lori sebesar ini pun boleh tersadai atas tu.

Satu percubaan mengelentong rakyat Malaysia dengan menggunakan gambar ini pernah dibuat. Kejadian sebenar keterbabasan koc Star-LRT ini pada tahun 2006. 

Sampai sekarang, aku belum tahu kisah sebenar gambar kereta terbang ini. Penuh gaya!

Berhenti dan jauh dari jalan raya tidak menjadi penghalang kenderaan kita ditimpa kemalangan.

Harapnya, jangan hanya tengok gambar kereta baru ini. Cuba baca apa yang dilaporkan. Cuba tahu kisah sebenar. Jelasnya, memang menjadi bahan ketawa dan kutukan hujung minggu.

Walaupun semua kemalangan ini "ringan-ringan", kalau kena sakit juga. Biarpun tiada pancutan darah bagai, nescaya duit akan terpancut keluar juga. Tak banyak, sikit mesti ada. Berhati-hati di jalan raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP