Pekerja-pekerja KFC Tidak Sokong Bersih!

>> 04 Julai 2011

banyak yang dah kongsi video ni. tapi tak pe la. aku rasa nak kongsi gak. cuma sebelum ni aku simpan dulu sebab ada mende lain kena buat...

aku tengok video ni kat fecebook setelah romeo hensem bernama Mike yang juga tuan blog When Mike On9 share kat wall beliau. mari menonton...


Cucukan 3200 Jarum

>> 02 Julai 2011


Steysha Randall menahan 3200 jarum yang dicucuk pada badannya dalam keadaan teratur dan tanpa sebarang gangguan. Mungkin gangguan perasaan sikit kot. Muka macam kesakitan je tu.

Disebalik Nama Bulan-bulan Islam

>> 01 Julai 2011

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walaubagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

Muharram al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP