Interview Part 2

>> 07 July 2010

erm...7 Julai 2010 jam 9 pagi. inteview kedua aku untuk mendapatkan kerja. tah la...malas dah nak berharap lebih-lebih. kalau ada rezeki insyaallah dapat. walaupun semuanya berjalan dengan lancar dan pantas je tadi. tak sampai 10 minit kot inteview. memang sempoi la. cuma aku lewat sikit je tadi. haha...

yang sebelum ni kat nilai macam tak de harapan je. aku call dua kali nak tau keputusan. lagi pun buat-buat la tak sabar nak kerja. 2nd time aku call aku di-inform yang position aku apply tu hold dulu. katanya...aku tak pikir lain dah, tak dapat la ni kot...

jadi, berharap ngan company satu lagi ni la. biarpun kawasan yang tak berapa nak berkenan sebab betul-betul tengah bandar. aku tak harap sangat aku ni boleh tekun keje kat area macam tu. banyak godaan kot nanti. tapi tak tau lagi la. bayangan aku je kot tu...

menunggu je la sekarang ni. at least da ada pengalaman inteview. tapi dua-dua ni aku cakap melayu je. lom rasa lagi yang english version. cuak gak kalau kena speaking nanti. harap-harap tak de da la inteview wat masa terdekat ni. leceh ma...

dan, tak sabar nak balik pahang. nak balik umah. nak tido pastu nak bangun pukul 2 pagi nak tengok germany menang malam ni...

selamat!!!

XPDC Di Bukit Bintang

>> 06 July 2010

hari ni aku terlibat dengan satu xpdc menjejak satu destinasi di kawasan bukit bintang. sudah lama aku tidak meneroka kawasan ni. tanpa bertemankan kawan-kawan, aku menapakkan diri aku dengan membawa satu misi. misi pe? aku je la yang tau...

aku menapak selepas menggunakan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam. agak penat gak sebab perlu memikul bekalan-bekalan yang diperlukan sepanjang xpdc ni. ditambah lak percaturan yang diambil untuk sampai ke destinasi sedikit terpesong seperti yang sepatutnya. penat weh...namun, azam yang kuat di dalam diri mendorong aku untuk terus gigih sebelum sampai ke destinasi. 

aku tidak terlepas menyertai mereka yang lain untuk meredah lalu lintas. tapi bukan redah bodoh gitu je. pandang kiri kanan gak la. kalau tak, kenduri tiga malam la nampaknya. tidak ketinggalan ialah warga asing lain yang bercuti di malaysia dan menjadikan kawasan bukit bintang sebagai tempat persinggahan mereka.

story-nya di sini pasal melintas jalan. semasa di sana aku perasaan ada dua orang omputeh ni. mereka pun nak cross the road gak tapi mereka berada kat arah seberang. aku bersama mereka yang lain menunggu lampu hijau pejalan kaki. tapi bila dah lama sangat tunggu pun payah gak. alternatif yang diambil ialah menunggu kenderaan lengang sikit dan mari kita melintas...

lebih kurang macam tu la...90% yang melintas time tu warga malaysia yang tak sabar menunggu lampu hijau pejalan kaki. dan apa yang aku ingat time ni ialah pasal dua orang omputeh yang berdiri seberang jalan nun. mereka still tak melintas lagi time tu dan senyum-senyum lagi bila tengok orang lain slumber je lintas jalan while lampu still merah lagi ma...

hmmm...bukan pe. kasi respek la sama mereka punya attitude macam tu. tak ikut orang. aku ni lak termasuk dalam 90% tu sebab aku rakyat malaysia. kalau aku tak lintas time tu jadi omputeh tu lak. haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP