APAN Yang Comel

>> 14 March 2011

APAN...tu nama aku. dalam ic tertulis mohd afhan bin shapiai. datangnya APAN tu dari perkataan afhan tu la. tak lari jauh sangat kot. bila cakap pasal nama, orang guna macam-macam nama. kat rumah nama lain, kat kolej nama lain. ada tu, kat kampung nama lain, kat bandar nama lain.

sama la ngan aku pun. kat rumah ngan kampung aku, nama APAN tidak digunakan. ada nama lain. tapi bukan semua kawan-kawan aku panggil APAN gak. ada yang baik hati panggil afhan. terima kasih kepada yang senang nak sebut nama sebenor aku tu. huhu... 

macam aku, jarang aku jumpa orang yang sama nama ngan aku. bukan nak bitau tak de lansung. mesti ada punya nama lebih kurang. tapi tak sangka lak nama APAN tu orang bagi kat kucing. huhu...

aku jumpe entri sis aqilah ni dalam blog dia. boleh try usha entri tu kat SINI! sekali ngan gambo lain APAN si kucing ni...

gambo dari blog sis aqilah
nasib baik kucing ni comel. walaupun APAN manusia ni tak berapa minat kucing, tapi kecomelan APAN kucing ni memang tidak boleh dibendung lagi ma. senang citer, sama comel la ngan aku. haha...

budak koya tanya : sama comel la kan?
APAN menambah : berkaitan ngan entri aku sebelum ni yang bertajuk Peringatan Semasa Memberi Salam, sila baca masukan terbaru aku yang telah di-update semalam. kalau dah baca sebelum ni memang kena baca balik pe yang aku baru update ni sebab info tu berkaitan ngan agama kan. nanti salah ilmu payah lak nak hidup nanti ma. lagi 1, jangan pergi pejabat pos time lunch hour. ramai orang. aku baru je kena tengahari tadi. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP