Papan Ibu

>> 07 April 2011

KONDOMINIUM BELAKANG HOSPITAL – Seorang pemilik blog yang bekerja sebagai seorang ‘draftsman je’ dikejutkan apabila tiba di kamar rumahnya. Dia yang baru pulang dari pejabat pada lewat pukul 10 malam hampa kerana laptopnya gagal dihidupkan.

Mangsa yang amat memerlukan laptopnya pada ketika itu mencuba pelbagai kaedah supaya laptopnya kembali bernyawa namun semua kaedah yang diambilnya pada ketika itu menemui jalan buntu. “I tried everything that night but luck not on my side,” katanya.

Keesokannya, mangsa membawa laptopnya ke pejabat untuk bertanyakan masalah yang dihadapi kepada kenalan di pejabat. Kemungkinan yang diberikan ketika itu bahawa laptopnya mempunyai masalah pada papan ibu.

“I don’t know what to do without my laptop especially at night and weekend. Maybe I can try to watch malay drama on tv after this,” mangsa mengeluh kencang.

Ditanya lagi tentang hubungannya dengan pelakon Lisa Surihani, mangsa dengan tegas menafikan tuduhan tersebut. “This is not the suite time for me to comment about this. My laptop is my priority now,” tambahnya.

PEDO-OH! News

********************
erm…lebih kurang gitu la nasib yang menimpa aku sekarang ni. laptop aku start rosak 21 mac lagi. mungkin motherboard kot. sekarang ni pun tengah repair. kalau ikut janji yang ditabur hari tu, patut siap dah sekarang ni. ni yang rasa tak best bila rasa macam kena tipu je ni. nak parah lagi, membe sendiri lak tu. hmmm…

alhamdulillah…sampai mende ni ditulis, aku berjaya menahan nafsu aku yang bergelora daripada angkat laptop baru terus. memang hajat nak angkat baru gak cuma masa je lom lagi kot. takut ada emergency je nanti. maklum la gaji ‘draftsman je’, bukan engineer ma. kepada yang selalu datang blog aku semasa musim bencana ni, terima kasih bebanyak. APAN akan kembali! huhu…

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP